Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS hari ini, seiring dengan pasaran Asia lain ketika dolar terus lem4h berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua penul4ran C0vid-19 di negara maju itu.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada paras 4.2600/2660 berbanding 4.2730/2780 sewaktu ditutup semalam.

Seorang penganalisis menyifatkan dolar AS diasak tek4nan selepas pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) membatalkan status penggunaan hydr0xychIoroquine – ubat yang dilabelkan Presiden Donald Trump sebagai penawar C0vid-19.

“Berikutan ketiadaan ubat itu, peningkatan mendadak jumlah kes jangk1tan C0vid-19 dan kadar pengangguran di AS hanya melem4hkan lagi dolar tersebut,” katanya.

Pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) sebelum ini menggambarkan keadaan ekonomi lebih sur4m dan mengakui sistem kewangan negara maju itu dalam keadaan tertek4n susulan pandem1k C0vid-19.

Kemungkinan AS mencatat pertumbuhan stabil serta pasaran buruvh yang terkawal juga sukar dipastikan pada masa ini.

Dalam pada itu, mata wang Asia seperti bhat Thailand, yen Jepun dan won Korea Selatan juga meningkat berbanding dolar AS hari ini.

Sementara itu, berbanding kumpulan mata wang lain, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0696/0737 daripada 3.0620/0662 sewaktu ditutup semalam.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain pada 5.3867/3935 daripada 5.3571/3655 sebelumnya.

Berbanding yen Jepun, ringgit mengukuh kepada 3.9721/9778 daripada 3.9816/9870, namun susut berbanding euro kepada 4.8337/8398 daripada 4.8067 / 8128 semalam. – Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*