Fathia Latiff Kembali Berhijab,Padam Foto Tak Bertudung Di Instagram

Pelakon Fathia Latiff membuat keputusan untuk kembali berhijab selepas mencetuvskan kontr0versi membuka tudung pada tahun lalu.

Menurut Fathia, dia membuat keputusan itu berdasarkan perbincangan dengan ibu dan ahli keluarganya.

“Ibu saya kata, sampai bila saya asyik nak pakai dan buka tudung, kita kena ada pendirian dalam hidup.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pula buat saya banyak luangkan masa bersama keluarga, ada hikmahnya sehingga saya buat keputusan ini,” katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Fathia, dia akui terlalu eg0 ketika membuat keputusan meninggalkan pemakaian tudung sebelum ini.

“Rasanya saya terlalu eg0 waktu buat keputusan tanggalkan tudung dulu. Tanpa tudung, perasaan saya t4k tenteram dan aman, sekarang saya keluar pun rasa lega,” katanya.

Dalam pada itu, Fathia juga bersedia untuk menerima kr1tikan ekoran tindakannya itu.

“Saya pasti akan ada kr1tikan, tetapi saya tak boleh buat apa-apa, saya sebenarnya menyukai kr1tikan, kerana apa yang diperkatakan itu ada betulnya, saya akan belajar dan terima apa yang diperkatakan untuk kebaikan.

“Mereka yang buat saya banyak berubah, walaupun kata-kata mereka agak ‘l4ser’ tapi ia ada betulnya, benda-benda baik kenapa saya tak ikut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian Gempak, Fathia turut memadam semua foto tidak memakai tudung di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, Fathia telah kembali bertudung sejak bulan Ramadan lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber:  Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*