Tips Dan Cara Menanam Buah Naga Dalam Pasu – Msta

1. Buah naga atau buah pitaya berasal dari Amerika Selatan. Tergolong dalam keluarga Cactaceae, buah ini terdiri daripada buah naga isi putih (Hylocereus undatus), buah naga isi merah (Hylocereus polyrhizus) dan buah naga kuning (Selenicereus megalanthus).

2. Untuk memulakan tanaman buah naga, anda boleh mendapatkan maklumat penanaman di MARDI. Buku manual Teknologi Penanaman – Buah Naga telah dihasilkan oleh pihak MARDI bagi membantu para petani yang berminat untuk mengusahakannya.

3. Sesuai ditanam di kawasan tropika atau sub-tropika dengan taburan hujan di antara 500 hingga 1,500 mm dan nilai pH tanah iaitu 5 hingga 7, tanaman buah naga mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1999. Ia memerlukan suhu sekitar 20 hingga 30 darjah Celsius dan sekurang-kurangnya tujuh jam sinaran matahari. Tanah berpasir dan tanah loam berpasir yang padat bahan organik paling sesuai untuk tanaman ini.

4. Buah naga ditanam menerusi keratan batang yang diambil dari dahan cabang pokok induk. Keratan hendaklah berwarna hijau, berduri di bahagian ruas dan berbentuk lurus melebihi saiz sebatang pensil iaitu sekitar 5 hingga 10mm. Paling penting, keratan batang perlulah bebas penyakit dan memiliki permukaan yang bersih.

5. Untuk memulakan tanaman, tanah perlu digembur terlebih dahulu. Kemudian, lubang bersaiz 45 cm x 45 cm x 60 cm akan dibuat dan ditabur 100 gram baja CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) dengan nisbah 2 tan kapur: 1.25 kg/h: 50 gram.

6. Tiang sokongan berukuran 1.8 m x 12 cm x 12 cm yang ditanam sedalam 60 cm penting untuk menanam buah naga. Jarak tanaman tiang sokongan ialah 3.3 m x 3.3 m.1000 tiang sokongan dan 4000 keratan batang yang ditanam secara menegak sedalam 3 cm diperlukan bagi kawasan seluas 1 hektar.

7. Sebelum dibaja, pokok perlu menjalani proses pengapuran menggunakan kapur pertanian Ground Magnesium Limestone (GML). Anggaran jumlah kapur yang digunakan adalah di antara 4 hingga 5 t/ha. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kemasaman tanah dan membekalkan unsur surih pada pokok.

8. Sebanyak 10 hingga 15 gram baja CIRP akan diletakkan pada setiap pokok. Dalam setiap pusingan tanaman, baja organik, baja butiran NPK (15:15:15) dan baja foliar dalam kadar tertentu turut diberikan menerusi teknik butiran atau semburan.

9. Serangga perosak seperti burung, tupai, tikus dan kelawar menyerang tanaman pada setiap peringkat penanaman. Bagi menghalang serangan, racun serangga seperti chloropyrifos dan cypermethrin boleh digunakan.

10. Pokok akan mengeluarkan buah dalam tempoh lima hingga 10 bulan. Berat sebiji buah adalah di antara 400 gram hingga 700 gram. Purata hasil bagi 0.4 hektar tanah pada tahun pertama ialah sekitar 500 hingga 800 biji. Hasil ini akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda pada tahun berikutnya.

11. Buah naga putih dijual pada harga RM1 hingga RM2 satu kilogram. Manakala buah naga merah berharga dijual dengan harga di antara RM5 hingga RM7 satu kilogram. Harga jualan bergantung pada saiz dan gred.

12. Buah naga mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, kalsium, fosforus dan vitamin C selain kandungan antioksidan seperti fenolik, karotenoid dan betalain. Buah naga juga membantu berat badan dengan melancarkan sistem pencernaan dan menurunkan paras kolesterol.

13. Selain dimakan segar, buah naga diproses menjadi jus minuman, jem, tepung, teh, bahan campuran biskut dan produk perubatan. Bunga dan tunas muda buah naga juga boleh dimakan dan memiliki khasiat tersendiri.

SUMBER: MARDI

Cara Tanam Buah Naga Dalam Pasu

Ingin menanam pokok buah naga dalam pasu? anda boleh ikut cara ini.

1. Guna gelen atau drum terpakai, dipotong dan tebuk lubang 1/2″ dibawahnya sebanyak 8~12.

2. Isi pasir sungai sampai hampir penuh dan pilih 4 batang buah naga yang pernah berbuah dan dikat dengan sebatang kayu belian ditengah sebagai tiang sokongan.

3. Tanam pokok buah naga dalam pasu mudah dikendali juga jimat baja dan tidak memerlukan tanah yang luas. Penyiraman tidak perlu setiap hari, cukup ala kadar sahaja.

4. Pokok buah naga adalah dari keluarga kaktus, jadi ia tidak memerlukan air yang banyak dan amat sesuai ditanam dengan pasir. Pokok ini sesuai ditanam di bawah matahari yang panas.

5. Tabur dengan baja buah NPK 12:12:17 sekali dalam 2 bulan supaya pokok berbuah. Tanam begini dalam pasu sebagai tanaman hiasan atau sebagai satu hobi amat menyeronokkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*