KPDNHEP Keluar 633 Notis Atas Caj Gunting Rambut Berbeza, Tak Munas4bah

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 633 notis kepada pemilik kedai gunting rambut sepanjang Ops Catut 7.0 yang bermula 10 Jun lalu.

Timbalan Menterinya, Rosol Wahid berkata notis itu dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan dan maklum balas daripada pemilik berhubung kenaikan caj perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan lain.

Beliau berkata, pengusaha atau pemilik kedai terbabit diberi masa 3 hingga 5 hari untuk memberi maklumat atau penjelasan dan k0mpaun akan dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Ant1 Penc4tutan 2011 jika gagal berbuat demikian.

“Setakat ini, kita telah jalankan pemeriksaan di 369 premis di seluruh negara dan rata-ratanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Bagaimanapun, kita terpaksa mengeluarkan not1s kepada pemilik premis yang didapati mengenakan caj harga berbeza-beza dan tidak munasabah,” katanya selepas meninjau harga dan bekalan barangan di Pasar Raya Pacific di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) hari ini.

Sebelum itu, beliau yang diiringi Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia melawat sebuah kedai gunting rambut di sini bagi melihat pematuhan harga dan SOP ketika PKPP.

Rosol menasihatkan pengguna merujuk harga barangan di aplikasi “Price Catcher” yang dibangunkan KPDNHEP sebelum membuat pembelian, terutamanya barangan kawalan.

Ini kerana terdapat laporan kenaikan harga ayam yang mend4dak sehingga mencapai RM10 sekilogram di beberapa pasar basah ketika PKPP.

“Sebelum buat pembelian, kita boleh guna aplikasi ‘Price Catcher’ sebagai rujukan atau ‘tanda aras’ bagi mengelak membeli pada harga terlampau tinggi dan tidak munasabah.

“Jika kita lihat di aplikasi tersebut, harga ayam di pasar raya seperti Pasar Raya Besar Mydin, Giant dan Pacific antara RM7.50 sekilogram dan ia tidak melebihi harga kawalan ditetapkan.”

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tetap akan menjalankan pemeriksaan di pasar basah bagi melihat jika berlaku kenaikan harga ayam secara mend4dak seperti didakwa.

“Setakat ini, kita belum menerima laporan atau aduan secara rasmi berhubung kenaikan berkenaan, tetapi pemantauan akan dipertingkatkan bagi mengelak peniaga mengaut keuntuvngan berlebihan sehingga mengan1aya pengguna.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : FMT News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*