NUTP Saran Sekolah Dibuka Sebelum Akhir September, Oktober

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan pembukaan sekolah rendah di seluruh negara dibuat sebelum berakhir September atau Oktober ini.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan penularan wabak Covid-19 dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sekiranya keadaan C0vid-19 di negara reda, kita mengharapkan sebelum berakhirnya September atau Oktober sekolah rendah juga boleh dibuka.

“Ia bagi membolehkan guru dan murid kembali semula ke sekolah serta meneruskan sesi persekolahan seperti biasa,” katanya dalam wawancara khas disiarkan di Bernama TV, hari ini.

Selain itu, Aminuddin turut mencadangkan supaya waktu persekolahan dis1ngkatkan bagi mengelak berlaku penul4ran w4bak di sekolah.

Beliau berkata, waktu persekolahan sesi pagi bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari manakala sesi petang bermula dari jam 1 tengah hari hingga 5 petang.

Semalam, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai 24 Jun.

Pembukaan sekolah itu hanya membabitkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa setara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*