Lelaki Ini Kongsi Punca Sebenar Bil TNB Tinggi

Itu hari dapat bil TNB tinggi..

Dengan nasihat yang baik dari Syafiq untuk aku tulis complaint, aku pun buat aduan kepada TNB dan dalam masa yang sama, aku up la satu pos sebagai tanda pr0tes, dengan harapan, semakin ramai orang bercakap, kerajaan akan pandang isu ni dan ambil tindakan..

Masa aku karang ayat komplen tu, aku tengah marah sebenarnya.. Aku pun letak ayat, “..Bil saya terlalu tinggi dan tak munasabah.. Minta tolong hantar orang buat penerangan pada saya tentang bil eletrik tinggi ni.. Hantar lebih dari 2 orang, takut-takut kalau dia salah jawab, p4rang saya tiba-tiba terbang nanti..”

Tapi aku edit balik la bagi ayat muluk-muluk.. Orang bertamadun kan tak mendahulukan emosi

Harini pegawai TNB hubungi aku dan beri penerangan..

Aku cakap, semua hujah dia aku boleh terima.. Masalah PKP tak boleh keluar pergi baca meter, bahagikan purata penggunaan, bla bla bla..

Dia juga kata, sepanjang PKP orang duduk di rumah, dan penggunaan banyak.. Ini alasan yang tak munasabah sebab isteri aku work from home dah dekat 2 tahun, makna kata rumah sentiasa ada orang, tapi bil maintain saja.. Apa pula bila PKP ni tiba-tiba jadi mahal..? Kalaupun penggunaan lebih, takkan sampai 600% peningkatan?

Aku bagitau pegawai tu, hujah kata waktu PKP orang duduk rumah sebabkan penggunaan tinggi tu semua alasan f4tal yang kelakar..

Sebab sebenar yang buat bil eletrik naik mend4dak adalah, bila dia buat bacaan selepas 3 bulan, penggunaan sudah masuk ke blok penggunaan ke-3 dengan harga 0.51/Kwh, sedangkan penggunaan sebelum-sebelum ni tak pernah sampai pun pada blok ke-3, jarang-jarang melepasi blok pertama, dan kalau lepas masuk blok ke-2 pun, sangat sedikit (rujuk gambar 1)

Bagi yang tak jelas, penggunaan elektrik TNB ni ada 3 blok..

200kwh pertama, harga sekian-sekian..

100kwh kedua, harga sekian-sekian (lebih mahal)

300kwh seterusnya, harga sekian-sekian (lebihh mahal lagi)

Setiap kali pegawai datang baca meter dan bilkan penggunaan pada pelanggan, kos penggunaan tu akan reset balik kepada blok pertama..

Tapi bila PKP dan TNB tak hantr orang datang baca meter, bil penggunaan masuk blok ke-3, bacaan akan santak sampai maksimum.. Itu la punca bil naik jadi g1la..

Pegawai TNB tu kata apa yang aku cakap tu betul.. Tapi ini polisi TNB.. Memang cara baca meter macam tu..

Dan aku kata, polisi dan cara TNB tu adalah zal1m, menekan, men1ndas pengguna, sedangkan PKP dek w4bak Covid-19 yang kita hadapi ini adalah unprecedented, tak pernah berlaku..

Kalau gitu, untung lagi TNB kalau kerajaan buat PKP sampai setahun.. Selepas setahun, penggunaan blok ke-3 dah tentu lebih banyak, sebab bacaan penggunaan takkan reset ke blok pertama balik, selagi TNB tak datang bilkan kepada pengguna..

Manusiawi la mas bro..

Patutnya bagi la kiraan rata (sebab ia penggunaan 3 bulan sekaligus) kepada penggunaan eletrik melepasi blok ke 3 tu.. Lebih merigankan dan sama-sama dapat manfaat.. TNB dapat ambil kesempatan, pengguna dapat sedikit diskaun dek kerana TNB tak mai baca meter..

Tapi brader yang call tu memang gentleman..

Dia akui yang cara tu menyebabkan bil jadi mel4mpau dan men1ndas pengguna.. Tapi dia tak boleh buat apa, kerana dia bekerja ikut polisi.. Kerajaan kena bercakap berkenaan ‘benda’ ni, supaya polisi TNB berobah..

Nahh.. Sekarang jom kita sama-sama bercakap benda ni, v1ralkan, cucuk wakil rakyat anda suruh diorang bercakap pasal isu ni, supaya TNB ubah sikit polisi dan kita sama-sama boleh terima manfaat..

Kalau malas complain, cukup sekadar share tulisan saya ni, supaya lebih meluas lagi orang bercakap..

Kalau aku salah, aku sedia dibetulkan..

Sekian

Reaksi netizan

Penjelasan TNB Sebelum Ini

Perkiraan bil elektrik secara prorata bagi tarif elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi pvnca kenaikan bil secara mend4dak.

Pengurus Bacaan Meter dan Bil Kuala Lumpur Timur, Hidayat Putra Ahmad Yati, berkata kaedah prorata untuk pelarasan bil ini memastikan jumlah bil yang tepat bagi setiap bulan bil anggaran dibuat.

“Semasa PKP dijalankan, kita memberhentikan bacaan meter di tapak (premis pengguna). Pelanggan tidak menerima bil bacaan.

Bagaimanapun, TNB mengeluarkan bil anggaran berdasarkan bil bulan sebelumnya.

“Sebagai contoh bil anggaran pada Mac dan April lalu adalah sama iaitu RM150. Selepas tiada PKP pada Jun, kita kembali kira ikut bacaan meter pada bulan terbabit dan mendapati ada bayaran tertunggak sebanyak RM200.

“Kalau Mei bilnya RM100 campur dengan bil tertunggak RM200, maka pelanggan kena bayar RM300, sebab itu nampak banyak bayarannya,” katanya ketika ditemui BH, di TNB Taman Melawati, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai runguvtan orang awam di media sosial, Hidayat Putra berkata, semua pihak perlu faham bil elektrik sememangnya berlaku sedikit peningkatan kerana majoriti rakyat bekerja dari rumah ketika PKP.

“Kalau sebelum ini, kipas dan lampu digunakan pada malam sahaja, namun ketika PKP, 24 jam sehari buka kipas dan lampu.

“Penghawa dingin pun buka pada waktu tengah hari, ini sudah tentu akan menyumbang kepada kenaikan bil elektrik,” katanya.

Pemandu teksi, Abdul Aziz, 53, berkata beliau sanggup beratur selama setengah jam di TNB Melawati hari ini bagi membuat aduan membabitkan isu kenaikan bil elektrik di rumahnya, baru-baru ini.

“Mereka ada jelaskan kenapa berlaku kenaikan itu. Pihak TNB minta tengok bil bulan seterusnya untuk membandingkan penggunaan elektrik sebelum dan selepas PKP.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan penjelasan diberikan. Saya akan terus pantau trend kenaikan bil elektrik ini, harapnya tak perlu saya ke sini lagi untuk membuat aduan,” katanya.

Pesara, M Chandra, 59, pula berkata kehadirannya ke pejabat TNB di sini, bagi meminta pihak terbabit membuat pemeriksaan berhubung gangguan elektrik di flat didiaminya di Wangsa Maju.

“Kadang-kadang tiba-tiba lampu dan kipas p4dam sendiri (tidak berfungsi kerana tiada bekalan elektrik).

“Saya sentiasa bayar bil pada masa ditetapkan. Saya sedikit terkilan apabila perkara ini berlaku kerana ia sedikit sebanyak mengganggu rutin harian,” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*