Anwar Ibrahim Dedah PH Dan Sekutu Kini Sudah Ada 107 Kerusi Parlimen. Ini Yang Bakal Berlaku

PH atau Pakatan Harapan dan sekutunya kini mempunyai sokongan 107 anggota parlimen dalam Dewan Rakyat, kata Anwar Ibrahim.

Anwar mendedahkan perkara itu semasa sesi siaran langsung di Facebook hari ini, yang antaranya menyentuh berkaitan mesyuarat PH, Warisan dan kumpulan Dr Mahathir Mohamad di Petaling Jaya semalam.

” Kita berkumpul dan kita capai satu persetujuan. Apa pun strategi harus bersama. Pemb4ngkang harus teguh dengan pendirian mereka.

” Sekarang ini 107 (sokongan) dalam kumpulan ini. Dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati.

” Dan kecel4ruan, kebo0brokan dan r4suah itu dihentikan,” katanya.

Mesyuarat di ibu pejabat PKR semalam turut dihadiri oleh pemimpin Warisan Shafie Apdal, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mesyuarat itu dikatakan bagi membincangkan, antara lain, calon perdana menteri untuk mer4mpas kembali kerajaan pusat daripada Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, PH sebelum ini membentuk kerajaan dengan 139 kerusi menerusi komposisi empat parti komponen dengan sokongan Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta UPKO pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018′

Sementara parti memerintah memerlukan sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Ini yang bakal berlaku

Dengan berbekalkan 107 kerusi, Anwar belum berupaya untuk membentuk kerajaan.

Tapi seperti yang beliau ucapakan “PH akan mara”, bermakna pasti ada perancangan yang sedang berlaku.

Berdasarkan penulisan Dr Maszlee Malik semalam, pemb4ngkang yang diterajui Anwar perlu memecahkan angka ps1kologi 95 kerusi. Ini adalah simbolik kepada nombor ajaib -tipping point- dari Semenanjung.

Dua tokoh besar PH iaitu Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim juga difahamkan akan memperbaharui gandingan mantap mereka dengan melupakan segala kemelut masa lalu.

Perlu berunding dengan blok Borneo

” Yang pasti, untuk mengambil alih kerajaan pusat dan menjadi perdana menteri, Anwar perlu membuktikan beliau mampu meraih sekurang-kurangnya 95 kerusi dari Semenanjung sebagai bekalan untuk dibawa berunding dengan blok Borneo.

(tambah 17 kerusi di borneo untuk menjadikan 112 kerusi majoriti)

” Di samping itu, Anwar perlu membuktikan kepada rakyat bahawa beliau mempunyai aura yang lebih hebat daripada Mahathir dengan mampu menjinakkan Warisan.

” Dan jangan lupa dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang mempunyai cita rasa dan maharnya sendiri untuk dibawa berunding.”

” Persoalannya, dengan ketidaktentuan dan tanpa aura Mahathir, mampukah Anwar memimpin PH dan menang lagi pada PRU ke-15 nanti?” tulis Dr Maszlee.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Malaysia United

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*