Tahniah Tan Sri Muhyiddin Kerana Telah Melangkau 100 Hari Memimpin Negara.

AWANG nak ucapkan syabas pada Tan Sri Perdana Menteri yang telah melangkau 100 hari memimpin negara.

Dalam masa yang singkat itu pelbagai perkara berlaku. Memang tidak mudah menjadi Perdana Menteri pada masa ini.

Selain cabaran kepimpinan dan masalah dalaman parti, beliau juga berhadapan dengan wabak Covid-19.

Alhamdulillah, nampaknya report card Tan Sri Perdana Menteri kita cemerlang juga.

Terutamanya dalam menangani wabak Covid-19. Tindakan segera kerajaannya memang terpuji. Kita terselamat daripada bencana lebih buruk disebabkan oleh langkah kawalan yang baik.

Ada juga yang mengatakan kerajaan Tan Sri Perdana Menteri diselamatkan oleh wabak ini. Jikalau tidak entah bagaimana kecoh lagi keadaan politik kita.

Tan Sri Perdana Menteri sendiri mengaku bahawa ini bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Rakyat tolak BN tetapi Tan Sri Perdana Menteri bersekongkol dengan mereka yang telah ditolak oleh rakyat dalam PRU14. Memang banyak pihak yang kecewa dan marah.

Parti Tan Sri Perdana Menteri sendiri pun sedang bergolak. Sekiranya Parlimen bersidang, tak tahulah apa yang akan terjadi nanti.

Biarlah Awang puji Tan Sri Perdana Menteri kerana kejayaannya setakat ini.

Awang tahu cabaran ekonomi akan lebih genting lagi. Kesan Covid-19 ini tentulah buruk.

Proses pemulihan ekonomi yang dicadangkan oleh Tan Sri Perdana Menteri kita harap akan berhasil. Itulah ukuran sebenar kejayaan beliau sebagai Perdana Menteri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*