Berita Baik Untuk Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) Yang Gag4l

KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,800 permohonan geran khas Prihatin (GKP) daripada 81,260 permohonan semakan lanjut untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro diluluskan setakat 5 Jun, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata semakan kelulusan boleh dibuat mulai 9 Jun dan bayaran akan dibuat pada akhir bulan ini.

Menurutnya, permohonan dan tempoh rayuan masih dibuka sehingga 15 Jun melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu gkp.hasil.gov.my.

“Saya diberitahu LHDN antara sebab-sebab tidak lulus adalah salah isi borang – contohnya syarikat yang didaftar sebagai ‘sendirian berhad’ diisi sebagai ‘perkongsian’ dalam borang permohonan asal.

“Dalam portal rayuan, perayu boleh mengemukakan sijil syarikat yang berkenaan untuk pertimbangan lanjut LHDN. Saya berharap pemilik perniagaan mikro mengambil peluang untuk perkara ini,” katanya menerusi perkongsian Laporan Ke-8 Pencapaian Prihatin di Facebook.

Tengku Zafrul berkata, bawah skim kredit mikro Bank Simpanan Nasional (BSN), sebanyak 5,222 permohonan daripada peniaga mikro diluluskan, bernilai RM191 juta, manakala bawah program Tekun Nasional pula, jumlah permohonan yang diluluskan ialah 19,382, dengan nilai RM151 juta.

Mengenai Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan Bank Negara (BNM), beliau berkata setakat 5 Jun, permohonan yang diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS berjumlah RM7.5 bilion.

“Ini akan memanfaatkan 18,227 PKS. Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas dan Kemudahan Agromakanan,” katanya.

Bagi program Subsidi Upah, sebanyak RM4 bilion diluluskan kepada 293,033 majikan yang memanfaatkan 2.3 juta pekerja sehingga 5 Jun.

Ini peningkatan jumlah yang diluluskan sebanyak RM780 juta untuk 100,000 pekerja berbanding 2 minggu sebelumnya, katanya.

Sementara itu, seramai 202,000 pekerja diluluskan bersamaan dengan RM121 juta bawah program Pengekalan Pekerja yang dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Bagi program Bantuan Majikan Covid-19 (e-CAP) KWSP, sebanyak 29,600 permohonan diterima dan hampir 6,500 permohonan diluluskan bernilai RM42.9 juta bagi caruman KWSP majikan sehingga 5 Jun berbanding RM34.8 juta minggu sebelumnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: FMT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*