Tindakan Berani Perdana Menteri Laksana PKP, Malaysia Berjaya Kawal CoV-19 – Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Selain berterima kasih kepada barisan hadapan, orang yang paling utama kita kena ucapkan terima kasih adalah pemimpin negara sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun ketika itu baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, beliau telah diberikan satu amanah besar iaitu memimpin negara dalam memutuskan rantaian penularan C0V-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih tampuk kepimpinan negara selepas Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Tugas dan tanggungjawab berat buat TSMY apabila negara menyaksikan kes meningkat secara mendadak ketika 1 Mac 2020.

Selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mengambil tindakan yang berhati-hati dan bijak bagi mengemudi kerajaan.

Beliau telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020 sebagai langkah negara membendung penul4ran C0V-19 dalam kalangan rakyat tempatan.

Ini merupakan satu tindakan yang sangat berani dari Perdana Menteri itu. Ia disifatkan oleh sebahagian pihak sebagai langkah tidak popular namun berani dalam mel4wan C0V-19.

Kerajaan memperkenalkan kawalan pergerakan mengikut acuan Malaysia sendiri bagi mengawal penul4ran C0V-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan 4 fasa sehingga 3 Mei 2020, disambung pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 4 Mei 2020 hingga 9 Jun 2020.

Apabila 9 Jun ini PKPB tamat maka bermulalah era Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bagi memulihkan negara.

Tindakan ini dipuji oleh ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau menyifatkan penguatkuasaan yang dilaksanakan kerajaan ketika negara tidak mempunyai keupayaan, iaitu ketiadaan vaks1n C0V-19 dan ubat untuk merawat sebagai satu tindakan yang sangat luar biasa.

KKM sebelum itu dikatakan telah berbincang dengan Muhyiddin Yassin bagaimana cara untuk mengatasi C0V-19. Muhyiddin Yassin dengan berani melaksanakan PKP yang mana ketika itu tidak banyak negara yang berani mengambil r1siko selain China.

Menurut Dr Noor Hisham, tindakan penguatkuasaan PKP menyaksikan kita menggunakan Akta 342 (Akta Penceg4han dan Kawalan Penyak1t Berjangk1t 1988) yang tidak pernah lagi kita gunakan dalam sejarah negara kita.

“KKM sokong, itulah cara terbaik dan tiada betul ataupun salah sebab tiada orang (negara) buat lagi (PKP) itu. Orang kata sesuatu yang baharu ini merupakan satu keberanian daripada Perdana Menteri” – katanya dalam satu temu bual khas bersama BERNAMA di KKM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : Rentas Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*