Kes Positif C0V-19 Catat Sejarah Angka Paling Rendah Sejak PKP Dilaksanakan

MALAYSIA: Esok merupakan hari terakhir untuk penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau dikenali sebagai PKPB dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu. Walaupun ada pihak yang berasa kurang senang dengan kel0nggaran yang diberikan kerajaan namun ia tetap dilaksanakan.

Pada hari ini, Malaysia telah merekodkan sejarah kes positif baharu satu digit serta paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pada hari ini terdapat 7 kes baharu iaitu 2 kes import manakala 5 penul4ran tempatan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini terdapat 7 kes baharu dan menjadi angka paling rendah setakat ke hari ini” – Pengumuman yang dibuat pada sidang media di KKM.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 20 kes dibenarkan untuk discaj daripada hospital dan dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Malaysia telah mencatatkan lebih 80 peratus pesak1t sembuh sehingga ke hari ini. Malaysia yakin mampu menamatkan penul4ran C0V-19 tanpa memerlukan kepada vaks1n.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : Rentas Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*