Kedai gunting rambut, saloon boleh dibuka 10 Jun, syaratnya patuhi SOP!

DALAM pada itu, menerusi sidang media harian PKPB yang sama, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa perkhidmatan gunting rambut dan kecantikan dibenarkan bermula 10 Jun 2020.

Mesyuarat hari ini bersetuju untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut, hairdresser dan kecantikan bermula 10 Jun 2020 dengan SOP yang ket4t.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa aktiviti yang dibenarkan bagi operasi gunting rambut dan kecantikan yang bermulai 10 Jun ini.

Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.

Bagi golongan yang beris1ko tinggi yang berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temujanji dan tanpa kehadiran pihak-pihak lain semasa proses itu. Kita juga meminta supaya ditetapkan waktu untuk warga emas untuk mengelakkan mereka bercampur dengan orang lain kerana mereka beris1ko tinggi. 

Begitu juga dengan kanak-kanak bawah umur 12 tahun, dibenarkan tapi perlu memakai pelindung diri serta penutup muka dan apron pakai buang.

Antara SOP yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian face shield dan apron bagi pengunting rambut. Mereka juga perlu memakai sarung tangan yang akan ditukar setiap kali bertukar pelanggan.

Setiap pelanggan mesti memakai apron yang dipakai buang dan tidak boleh bergilir sesama pelanggan.

Menurutnya, sektor ini menyumbang kepada KDNK negara sejumlah 13.5 bilion setahun.

DALAM sidang media yang sama, Kerajaan juga akan membenarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, waktu operasi pasar-pasar ini juga turut telah ditetapkan mengikut SOP yang telah dipersetujui oleh pihak MKN dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Waktu operasi yang kita benarkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka adalah 6 pagi hingga 11 pagi. Pasar malam 4 petang hingga 10 malam dan bazaria 5 petang hingga 11 malam”, ujarnya.

 

“Antara SOP yang telah pun kita sama-sama kita persetujui adalah jarak sosial di antara gerai ke gerai telah pun ditetapkan diantara 1.5 meter hingga 2 meter dan di lokasi terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk.

“Untuk keluar masuk, hanya menggunakan satu jalan masuk dan satu jalan keluar. maknanya secara one way. Masuk daripada pintu masuk dan bila sampai ke hujung tidak boleh berpusing-pusing.

“Mesti masuk sehala dan keluar. Suhu badan akan diperiksa di pintu masuk, hand sanitizer perlu digunakan, digalakkan penggunaan topeng muka dan peniaga-peniaga yang menjual barang makanan dan sebagainya tidak boleh menyediakan meja dan tempat makan tetapi hanya boleh take away sahaja”, ujarnya.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa peniaga-peniaga yang akan memulakan perniagaan boleh merujuk SOP tersebut di website DBKL serta MKN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tambahnya lagi, kebenaran membenarkan pasar-pasar ini beroperasi juga termaktub kepada pasar-pasar di seluruh negara.

“Walaupun ianya merupakan SOP yang dikeluarkan oleh DBKL/Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi SOP ini adalah juga untuk kegunaan pasar malam, pasar pagi dan lain-lain di seluruh negara.

Bermakna mulai 15 Jun, kebenaran ini bukan setakat untuk pembukaan pasar malam, pasar pagi dan sebagainya di seluruh wilayah, tetapi kita membenarkan pembukaan pasar-pasar malam, pagi dan sebagainya di seluruh negara dengan SOP yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh DBKL tadi berdasarkan penyesuaian tertentu”, katanya.

Menurutnya lagi, semua peniaga dan pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*