Penyanyi Nora Ariffin akur apabila terpaksa pulang ke Malaysia selepas mengerjakan ibadah umrah dengan berkerusi roda.
Jelas Nora, maIang tidak berbau apabila kaki kirirnya ced3ra akibat terj4tuh ketika menuruni puncak Jabal Nur selepas menziarahi Gua Hira.
“Setiap kali menunaikan umrah, saya memang menyimpan hasrat untuk mengunjungi gua berkenaan.
“Namun, hanya pada kunjungan kali ini baru impian itu tercapai. Saya naik ke puncak Jabal Nur sekitar jam 1 pagi kerana hanya waktu itu ia tidak ramai orang mengunjunginya.
“Ketika itu, keadaan sangat gelap dan berangin. Memandangkan kami perlu mengejar waktu Subuh, ketika menuruni bukit berkenaan, saya sedikit tergesa-gesa sehingga tergel1ncir dan terj4tuh.
“Akibatnya, kaki kiri saya terced3ra dan terpaksa menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak,” katanya kepada BH Online.
Sehubungan itu, Nora dinasihati agar tidak memakai kasut tumit tinggi selama tempoh dua minggu.
“Doktor nasihatkan supaya saya berehat dan tidak memakai kasut tumit tinggi selama dua minggu,” tambahnya.
Nora pulang ke tanah air dari mengerjakan ibadah umrah pada Ahad lalu selepas berangkat ke tanah suci Makkah pada 7 Januari.
Sumber : Gempak
Leave a Reply