Lelaki solat Jumaat TADI sambil dukung bayi mengundang sebak Netizen

lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tangkap layar aksi tersebut yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Shareen Omar dan kini tular di media sosial.

Gambar tersebut memaparkan seorang lelaki sanggup mendukung anaknya walaupun sedang menunaikan solat dan membaringkan anaknya dengan perlahan ketika duduk di antara dua sujud.

Perkongsian gambar oleh Shareen itu kini mencecah 1,500 tanda suka dan 2,600 warganet telah berkongsi gambar tersebut di media sosial.

Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut kerana situasi itu amat jarang berlaku pada lelaki.

“Kalau orang perempuan dah biasa gendong anak masa solat, namun kalau lelaki jarang sangat nak tengok. Syabas lelaki ini, mungkin isterinya tidak sihat dan mengambil tanggungjawab menjaga anaknya,” tulis Lidayana Ram di ruangan komen.

Hafiz Halim pula berkata, “Yang ni baru patut viral (tular). Semoga keluarganya jadi keluarga yang soleh dan solehah, amin.”

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ahli keluarga yang sepatutnya membantu menjaga bayi itu ketika lelaki berkenaan menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun seorang netizen, Aizatul Aisyah meminta pengguna Facebook yang bertanya hal itu supaya lebih menghayati ilmu melalui paparan video tersebut

“Ambil ilmu tu, bukan sibuk tanya mak dia, nenek dia, tokwan dia. Sah sembahyang tu. Dekat Arab sana, ramai yang macam ini cuma dekat Malaysia tiada orang buat. Tiada orang buat bukan bermakna tak sah,” tulisnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*