Pendatang baru dalam industri hiburan boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Saban tahun pasti ada bakat baru yang muncul lantas meningkatkan lagi persaingan antara artis-artis.
Namun, bagi pelakon cantik Anzalna Nasir, dia mengatkan bahawa sikit pun tidak tergugat dengan kehadiran orang baru dalam industri hiburan.
Menurutnya, setiap individu mempunyai bakat tersendiri dan perkara itu yang membezakan setiap seorang.
“Pada awal-awal dulu terfikir jugak alamak ramainya pendatang baru.”
“Seperti saya yang sudah bergelar seorang isteri dan ibu, pasti orang akan merasakan saya berada di satu tahap yang lain.”
Namun, selepas berpantang selama 45 hari, Anzalna mendedahkan bahawa dia telah mendapat tawaran berlakon dari sebuah pihak produksi.
“Akan tetapi saya terpaksa tolak dulu tawaran tersebut kerana ingin fokus pada anak dulu. Eidrees bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai bagi saya dan suami, jadi kami harus utamakan dia dahulu.”
“Apa pun saya tidak lah tercabar dengan bakat-bakat baru. Insyaallah rezeki itu luas dan sentiasa ada.”, ulansya.
Sumber: Instagram Anzalna Nasir, Carian Google
Leave a Reply