[VIDEO] Sederhana tapi meriah, Shima Anuar sambut hari jadi anak yang ke-2!

Beberapa hari yang lepas, Shima Anuar dan suami, Mohd Solih Toha telah menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya , Marian Sophia yang ke-2.

Majlis tersebut telah dirai dalam suasana serba sederhana namun meriah. Malah, Shima dan suami sendiri telah mendekorasi ruang majlis dengan puluhan belon buat anaknya itu.

Teruja dengan sambutan itu, Shima telah berkongsi beberapa keping gambar serta video buat tatapan peminat bersama.

 

 

View this post on Instagram

 

My heart and soul ❤️

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on

 

Setakat ini, perkongsian video itu telah mendapat lebih 70 ribu tontonan dan komen dari peminat.

Sekadar info, Shima Anuar tellah berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Marian Sophia, 2 tahun dan Mikhael Iman, 4 bulan.

Sumber: Instagram Shima Anuar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*