
Setelah pengumuman hos Meletop Neelofa untuk mengundurkan diri dari program tersebut, ramai yang menyebut beberapa nama sebagai penggantinya.
Antaranya ialah penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana. Mengulas mengenai perkara itu, Nana, 35, akui tidak menduga namanya akan timbul sebagai pengganti Neelofa.
View this post on Instagram
When you don’t get the joke but laugh anyway #lofaatwork #lofatalks #shehosts
Menurutnya, dia merasakan bahawa ada orang lain yang lebih layak berbanding dirinya.
“Tak sangka orang akan sebut nama saya sebagai pengganti Neelofa selepas dia mengundurkan diri.”
“Saya fikir ada orang lain yang lebih layak untuk mengacara seperti Jihan Muse kerana dia lebih sesuai digandingkan bersama Nabil Ahmad.”, ulasnya menerusi Harian Metro.
Jelasnya lagi, dia bukan tidak yakain dnegan diri tetapi tugas mengacara program itu agak mencabar dan biarlah orang yang lebih berpengalaman menyandang tanggungjawab itu.
“Apapun terima kasih kepada peminat yang menyokong karier saya. Semuanya bergantung kepada rezeki. Saya memang tidak tahu menahu nama disebut sebagai pengganti.”
View this post on Instagram
Baju merah buat i marah, baju biru buat i rinduuuuuuuu 😍 @meletop . . 📷 @echolaliapictures
Sumber: Instagram Siti Nordiana, Neelofa
Leave a Reply