Foto Ain Edruce dan suami selepas majlis nikah buat peminat terhibur, “Pengantin paling sempoi!”

Dengan sekali lafaz, Ain Edruce telah selamat bergelar sebagai isteri kepada seorang usahawan, Amirul Haffiz Mustafa pada 13 Disember 2019.

Pasangan sejoli ini telah mengadakan majlis akad nikah di Quill City Mall, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan yang terdekat.

Ain Edruce turut menerima mas kahwin bernilai RM888 dan saling berbalas tiga dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun nilai wang hantaran telah dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Lantas, Ain berkongsi beberapa keping foto hari bahagianya itu.

 

Reaksi pasangan ini telah menarik perhatian peminat yang rata-rata terhibur dengan telatah mereka.

 

Tahniah diucapkan kepada Ain Edruce dan pasangan!

Sumber: Instagram Ain Edruce

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*