“Tiada Lagi Teman Bergaduh Manja ” Anak Tunggal Seb@k Kenang Pemerg!an Bapa Akibat Covid-19

KESEDIHAN yang terbuku di hati tak siapa mampu mengerti.

Begitulah peritnya yang dilalui jejaka ini apabila bapanya meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut Muhammad Fakharuddin, 22, bapanya Shahudin Sulong, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor, pada Khamis.

Bercerita kepada mStar, rider penghantar makanan itu mengakui kesihatan bapanya mula terjejas sejak hari pertama sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

“Ia bermula pada raya pertama. Ayah alami demam dan dia juga rasa tak sedap hati. Dalam dua hari dia dah sihat semula.

Kata Fakharuddin, dia reda dengan pemergian bapanya itu.

“Kemudian dia demam balik sehinggalah kami jalankan swab test pada 21 Mei. Tak sempat keluar keputusan, ayah sesak nafas pada jam 3 pagi sehinggalah dia dimasukkan ke hospital.

“Sejak itu, saya dan mak turut melakukan kuarantin kendiri di rumah. Kemudiannya kami juga disahkan positif dan dua hari lalu baru sahaja disahkan negatif,” ujarnya.

Kata anak tunggal itu, Allahyarham bapanya dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Gombak kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Mengimbas detik pemergian bapanya, Fakharuddin berkata dia dan ibunya, Wahadaniah Abd Rahman, 63, sebak menerima berita duka itu.

“Pada hari kematian ayah, saya dan mak dari pagi sudah reda jika ada apa-apa berlaku. Dalam pukul 12.37 tengah hari, kami dapat panggilan doktor memaklumkan ayah dah tiada.

“Memang sedih, saya anak tunggal, mak pula sudah warga emas. Kami menangis dua beranak di rumah. Tapi kami kuat dengan sokongan saudara mara dan rakan-rakan.

“Punca jangkitan kami pun tak tahu dapat dari mana. Tak tahu kontak rapat dengan siapa,” ujarnya yang sempat membuat panggilan video ketika ayahnya masih berada di hospital.

Tiada apa yang dipinta anak tunggal itu selain doa orang ramai buat arwah bapanya.

Kata jejaka itu, dia juga akan merindui segala kenangan bersama bapanya sejak kecil hingga dewasa.

“Mak cakap, lepas ni dah tiada siapa nak bergaduh dengan saya. Sebabnya saya selalu bergaduh manja dengan ayah.

“Walaupun kami suka bergaduh, tapi dia sayang sebenarnya. Saya cuma kongsi kisah ini sebab nak orang doakan ayah saya juga.

“Itu sahaja yang saya boleh buat, bukannya saya nak populariti,” ujarnya lagi.

Allahyarham selamat dikebumikan pada Jumaat petang.

Dalam pada itu, dia turut menzahirkan rasa syukur apabila turut diberi peluang melakukan solat jenazah dan membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses pengebumian bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ujarnya lagi, dia yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses itu dapat menyelami bagaimana perasaan pihak KKM berhadapan jenazah Covid-19 setiap hari.

Untuk rekod, bapanya juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, diabetes dan buah pinggang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*