(VIDEO) Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Namun Dia Masih KritikaI

BERKAT doa orang ramai penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembed@han pada usia kandungan lapan bulan kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan bayi lelaki itu berada dalam keadaan baik namun memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, Sarah masih berada dalam kritikaI dan belum sedarkan diri.

“Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih baby berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Cuma keadaan Sarah agak kritikaI. Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga doakan sesiapa sahaja yang sedang bertarung Covid-19 dipermudahkan urusan,” ujarnya.

ss

Perkongsian Shuib di Instagram miliknya.

Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih baby berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sarah dipindahkan ke ICU di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada petang Rabu selepas mengalami batuk yang te ruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Pada Jumaat malam acara bacaan Yassin secara maya akan diadakan yang diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Salahuddin Harun dan turut di sertai Al Fadhil, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan rakan selebriti yang lain bagi mendoakan agar urusan Siti Sarah yang kini sedang bertarung di unit rawatan papi (ICU) dipermudahkan.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

SSS

Shuib berkahwin dengan Sarah pada 2011 dan memiliki empat cahaya mata termasuk bayi yang baru lahir.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus m@ut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*