“Sejak Ramadan Rasa Tak Sedap Badan, Rahim & Perut Rasa Panas” -Emma Akma Hidap K@nser, Ketulan Sebesar Bola Sepak

Pelakon Emma Akma yang menghid4p k4nser pada bahagian dalam perut dan cyst pada kiri dan kanan ovarinya kini dalam proses untuk menjalani pemb3dahan.

Namun menurut Emma atau nama sebenarnya, Noorakma Yunus,52, dia buntu memikirkan bagaimana hendak mendapatkan wang kira-kira RM50,000 bagi menampung kos pembed4han yang bakal dijalaninya.

“Sebenarnya sejak Ramadan lalu saya sudah rasa tak sedap badan. Rahim dan perut saya rasa pan4s. Setelah berjumpa beberapa dokt0r, semuanya memberikan jawapan berbeza. Ada yang cakap saya slip disc. Tak kurang juga yang cakap ada masalah buah pinggang.

“Akhirnya saya ke h0spital kerajaan untuk kepastian. Doktor sahkan saya mempunyai ketulan k4nser pada bahagian dalam perut yang saiznya sebesar bola speak. Bukan itu sahaja, terdapat ketvmbuhan atau cyst pada bahagian kiri dan kanan ov4ri saya,” katanya.

Jelasnya lagi, dia perlu menjalani pembed4han secepat mungkin dan kerana h0spital kerajaan perlu fokus kepada pes4kit C0VID-19 yang semakin bertambah ketika ini, Emma dinasihatkan untuk menjalani pemb3dahan di h0spital swasta.

“Disebabkan ketulan k4nser semakin membesar, d0ktor nasihatkan saya agar melakukan pembed4han dengan kadar segera.

“Saya buntu dan tak tahu nak cari mana duit sebanyak itu. Iyalah, sejak pand3mik C0VID-19, bukan sahaja tak dapat berlakon, malah pekerjaan lain juga agak terbatas.

“Sekarang saya dijaga suami. Pergerakan saya terbatas kerana tidak boleh berdiri lama. Kadang-kadang saya perlu menggunakan kerusi roda dari bilik ke dapur. Apatah lagi apabila keluar rumah untuk mendapatkan raw4tan. Memang kena guna kerusi roda. Jadi, keadaan inia gak menyukarkan saya untuk cari duit kos pemb3dahan.

“Kalau setakat nak makan, insya-Allah saya dan suami masih mampu. Namun untuk mendapatkan wang sebanyak RM50,000 dalam masa yang singkat agak sukar kerana saya perlu menjalani pemb3dahan dengan segera sebelum keadaan diri saya menjadi lebih t3ruk,” katanya lagi.

Emma pada masa sama menambah, dia pada awalnya dia tidak mahu memohon bantuan secara terbuka kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak, apatah lagi dengan situasi semasa kini.

“Kalau ikutkan hati, saya tak mahu berkongsi tentang hal ini. Saya sudah reda dengan apa yang berlaku. Mungkin inilah ujian Allah buat saya untuk lebih dekat padaNya.

“Namun, disebabkan doktor memberitahu saya perlu jalani pembed4han secepat mungkin, atas nasihat kawan-kawan saya beranikan diri untuk memohon bantuan secara terbuka.

“Saya tahu ramai yang susah sekarang, tetapi saya tidak memaksa. Kalau ada yang sudi memberi sumbangan, Alhamdulillah. Andai kata saya tidak sempat melakukan pembed4han dan itu boleh menyebabkan saya ‘pergi’ menemuiNya, saya reda.

“Saya bukanlah berdoa untuk itu (men1nggal dunia), tetapi saya perlu akur jika itu ketentuanNya,” luahnya.

Walaupun diberitahu sakitnya itu ada kaitan dengan ilmu h1tam, Emma tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Tak din4fikan, sebelum ini saya memang pernah terkena buatan orang beberapa kali. Namun untuk kali ini, saya tak mahu memikirkannya sangat. Saya tak mahu stres atau berasa sedih kerana itu tidak membantu saya.

“Saya lebih selesa untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana itulah sebaik-baik perkara. Apa yang terjadi adalah kehendakNya. Saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya,” jelasnya lagi.

Emma yang pernah berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas: The Finale dan Sape Dari Itali ini berharap sumbangan ikhlas orang ramai membolehkan dirinya menjalani pembed4han.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Emma Akma, bolehlah salurkan melalui akaun bank Maybank 162209987311 (Noorakma Yunus).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*