KEGAGALAN rumahtangga sebelum ini tidak membuatkan pelakon Nadia Brian menutup pintu hatinya untuk bergelar seorang isteri.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohames Rashidi, 31 berkata, dia sentiasa berd0a dan berharap ditemukan dengan seorang lelaki yang baik pada tahun hadapan.
“Kalau ditanya apakah yang saya inginkan untuk 2022 ini… selain mengharapkan kerjaya seni yang lebih baik, saya juga berdoa Allah akan pertemukan saya dengan seseorang sebab saya masih ada perasaan untuk mendirikan rumahtangga.
“Saya tidak pernah menyes4l pun dengan rumahtangga sebelum ini yang tak menjadi.
“Saya tidak pernah tutup pintu hati malah selalu berdoa agar Allah pertemukan saya dengan jodoh yang baik dan mahu hubungan yang berkekalan,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, ditanya tentang ciri-ciri calon yang dicari, Nadia berkata, apa yang lebih penting ialah seseorang yang boleh membimbing dirinya ke jalan Allah.
“Saya tidaklah letakkan ciri-ciri khas sebab masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku.
“Cuma sekarang apa yang boleh saya katakan, saya mahu seseorang yang boleh bawa saya ke jalan Allah dan paling penting boleh serasi dengan saya. Saya harap peminat semua dapat doakan untuk saya,” katanya.
Saya tidak pernah menyes4l pun dengan rumahtangga sebelum ini yang tak menjadi.
NADIA BRIAN
PELAKON
Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun bercerai pada 2 April 2021.
Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.
View this post on Instagram
Sementara itu, menyentuh mengenai kerjaya seni, Nadia memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama siri Malaysian Ghost Story yang dijalankan di Gopeng Perak.
“Alhamdulillah saya baru selesai shooting Malaysian Gh0st Story, saya terlibat dalam tiga episod antaranya Penunggu Pohon Beringin, Kellie’s Castle dan Bidan Nek Nah.
“Setiap episod memang menc4bar sebab watak berlainan dan ia sangat memenatkan jiwa dan raga. Tapi saya rasa ia sangat berbaloi untuk saya,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply