“Demi Allah, Ini Bukan Market1ng Semata,”- Iqbal Buat Luahan Untuk Tak Lagi Berker@s Nak Kahwini Vida

Usahawan, Iqbal Zulkefli tampil mendedahkan dia tidak akan lagi berkeras untuk memperisterikan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sekiranya wanita terbabit tidak cenderung untuk kembali kembali mendirikan rumah tangga.

Dia pada masa sama turut memohon maaf atas isu tular berpanjangan melibatkan hal yang berkaitan, selain akui perlu hormat1 perasaan dua anak Vida, Cik B dan adiknya, Kacak.

“Assalamualaikum semua. Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Dato Seri Vida sebagai isteri; seandainya beliau sendiri tidak menuju kearah perkahwinan.

“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maru4h diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan bekas pembantu peribadi  Vida itu menerusi Insta Stories, pada Jumaat.

Menyifatkan apa yang berlaku bukan satu strategi marketing, ahli perniagaan asal Kelantan itu turut mendedahkan dia tidak pernah terfikir untuk mengambil harta selain reda andai mereka tiada jodoh.

“Demi Allah, ini bukan marketing semata meskipun benar beliau ada diselitkan promosikan produk dan saya memberitahu kepada Dato Seri Vida, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau.

“Seperti mana saya telah merekodkan jualan tertinggi di syarikat Vida Beauty sebelum ini dengan jualan RM300,000 setiap hari secara konsisten (retail). Namun, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing.

“Sepanjang hampir 7 tahun saya mengenali beliau, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja. Namun, tidak dinafikan banyak wang beliau telah laburkan untuk saya.

“Itupun, cara saya membalasnya adalah menggantikan dengan lakukan jualan lebih 10 kali ganda setiap kali beliau keluarkan bajet untuk saya. Demi Allah, saya tidak pernah mencur1 wang beliau.

“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodohan. Saya fikir, ini bukan terlalu awal saya mengal4h.

“Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. Saya banyak perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.

“Saya risau, di saat saya sak1t, jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” tulisnya lagi.

Iqbal pada masa sama meminta untuk tidak memutuskan hubungan baik yang sedia terjalan di antara mereka.

“Cuma satu perkara saya minta, jangan putvskan hubungan baik saya dengan Dato Seri Vida. Saya perlu jaga beliau. Saya tiada masa untuk main-main kerana saya juga ada tanggungjawab serius.

“Terima kasih kepada semua media yang banyak bagi kerjasama kepada saya. Kepada semua yang mendoakan kebaikan, saya akan balas dengan lebih banyak berbakti kepada masyarakat,” tulisnya.

Pada akhir statusnya, Iqbal akui andai dia berkahwin dengan Vida dia akan dianggap mahu tumpang harta penyanyi lagu I Am Me itu.

“Andai saya berkahwin dengan Dato Seri Vida, selamanya saya dianggap menumpang harta Dato Seri Vida meskipun saya yang menaikkan bisnes beliau di saat saat kerap kali jualan jatuh.

“Saya tidak suka ungk1tkan, namun terpaks4 kerana tiada seorang pun berkata hal sebenar bagaimana saya telah berjuang untuk lakukan terbaik segalanya.

“Saya sendiri punya pendapatan sendiri walau tidak setinggi beliau. Cukup untuk saya miliki apa sahaja yang saya mahu,” tulisnya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*