Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa lega apabila luahan perasaannya mengenai isu air kotor di kawasan perumahannya telah mendapat perhatian daripada Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Jelas Fizo, pihak AKSB telah menghantar bantuan bagi menyelesaikan masalah air kotor di kawasan kediamannya.
View this post on Instagram
Perkara tersebut turut dikongsikan Fizo menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya untuk pengetahuan peminat.
Berkaitan isu air di Kelantan, pihak yang berkaitan Syarikat Air Kelantan telah pun menghubungi saya. Mereka telah pun menghantar team untuk selesaikan masalah air kotor di kawasan saya.
Dia dalam pada itu berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah yang sama dihadapi penduduk negeri Kelantan sejak sekian lamanya.
Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga sempat mengucapkan terima kasih di atas tindakan pantas AKSB dalam menangani isu terbabit.
View this post on Instagram
Terdahulu, Fizo menerusi media sosialnya ada membuat aduan mengenai air kotor yang diterima penduduk kawasan perumahan pelakon itu.
Ujar Fizo, masalah itu bukanlah perkara baru yang terpaksa dihadapi hampir keseluruhan penduduk negeri itu tetapi ianya sudah lama. Namun begitu, masih belum ada titik penyelesaian ditemui sehingga ke hari ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Oh Bulan
Leave a Reply