Ramai Masih Tertanya-Tanya Kenapa Ada Orang Panggil Arwh Siti Sarah Dengan Nama ‘Ratasya’, Ini Rupanya Sebabnya!

Pejam celik dalam tak sedar sudah sebulan Allahyrhamah Siti Sarah pergi meninggalkan keluarga tercintanya, pada hari lahir arwh pada hari ini, admin yang menjaga akaun Instagam Allahyrhamah berkongsi secebis rahsia disebalik nama Ratasya yang sering meniti di bibir arwah.

Ratasya Nama Timangan Siti Sarah

Admin yang menjaga Instagram arwh menjelaskan, bahawa nama Ratasya sebenarnya merupakan nama timangan arwh dikalangan peminat dan dunia industri. Sebab itu kadang-kala arwh akan membahasakan dirinya dengan nama Ratasya.

Foto – Instagram @sitisarahraissuddin

“Ramai tanya kenapa Sarah, orang panggil Ratasya.. Kenapa Ratasya? Siapa Ratasya ni sebenarnya?

Senang cerita, Ratasya ni macam nama timangan arwh Sarah di kalangan orang industri dan peminat. Kalau kau orang perasan, Sarah pun selalu bahasakan diri dia Ratasya.”

Tercetus Idea Lahirkan Ratasya Cosmetics

Bukan itu saja, rupa-rupanya dari nama timangan itulah tercetusnya idea arwh Siti Sarah untuk menghasilkan Ratasya Cosmetics yang mana kini produk kecantikan tersebut menjadi rebutan ramai wanita Malaysia.

“Bermula dari nama tu, tercetuslah idea untuk melahirkan baby istimewa Sarah iaitu Ratasya Cosmetics. Projek ni dari hari pertama lagi memang dapat tempat istimewa dalam hati Sarah.

Sarah memang sangat teruja nak memulakannya. Dari pemilihan produk, warna, kualiti, konsep foto shoot, packaging dan macam-macam lagi, semua ada sentuhan peribadi Sarah. Kini yang tinggal hanya kenangan sahaja.”

Shuib, Rakan Industri & Peminat Beri Ucapan Hari Lahir

Video memori Allahyrhamah yang dimuatnaik admin di Instagram Siti Sarah sempena ulang tahun kelahiran, mendapat ucapan dan doa dari suami arwh, rakan-rakan industri dan juga peminatnya.

“Selamat Hari Lahir Sayang. Hadiah U selepas ni I akan bagi semuanya bila kita jumpa di Syurga nanti. InsyaAllah @sitisarahraissuddin” – Shuib

Foto – Instagram @sitisarahraissuddin

“Selamat ulang tahun bidadari… al-Fatihah” – Baby Shima

“Virgos rock. Kalau kau ada, umur kau 37 dan aku akan hantar mu mesej sama “Virgos Rock Jah”. Moga damai di alam abadi” – Catriona Ross

“Selamat ulang tahun insan terbaik” – Wani Kayrie

Selamat ulang tahun Siti Sarah dan semoga tenang di sana. Al-Fatihah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*