“Keluar Dari Perut Mak, Saya Sebut ‘Sushu’ Bukan Susu!” -Netizen Meny@mpah Dengar Caprice Cakap

Nama penyanyi Caprice tidak lekang di bibir warganet. Baru sahaja pulang ke tanah air, Caprice kini sedang menjalani tempoh ku4rantin. Memenuhi masa terluang, Caprice telah membuka ruang Ask Me Question kepada pengikut Instagram (IG)nya.

Antara soalan yang menjadi fokus wargamaya adalah mengenai slang atau cara Caprice bertutur. Rata-ratanya tertanya adakah pemilik nama Ariz Ramli bercakap seperti itu sejak dilahirkan.

Soal seorang pengikut;

Dari lahir ke cakap memang slang gitu ya?

Menjawab pertanyaan itu dengan berseloroh, Caprice akui sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak dilahirkan lagi.

Tak habis-habis orang tanya pasal slang.. ya keluar ja dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan… ooo susu! Itulah slang saya.

Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pengakuan dari pelantun lagu Lenglui. Malah, ada juga segelintir individu yang faham dengan situasi Caprice memandangkan dia sekeluarga sering berpindah.

@ann_vivianne: Jawapan slang tu terbaik.

@dk.nana22: Hahahaha shushu.. Sentap yang tanya tu.

@dea_mardeaa: Shushu macam nak halau kucing hahahahaha.

@wxnie_ishan: Slang tu jadi macam tu sebab dia lahir dari keluarga duta Malaysia yang pergi seluruh dunia. Tu dia kurang sikit slang Melayu. Bahasa utama dia English, tapi takpa, lama-lama okay lah.

Terdahulu, Caprice pernah memberitahu dia dibesarkan di beberapa buah negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*