Selebriti Fazura bersyukur kerana akhirnya Mahkamah Tinggi menolak s4man oleh pemilik Maydan Trading terhadapnya dan Universal Music Sdn Bhd atas d4kwaan mel4nggar kontrak.
Selepas tiga tahun, k3s itu selesai dan berpihak kepada Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin.
“Alhamdulilah semua dipermudahkan dan semua dah selesai… Syukur pada Allah,” katanya.
Fazura memberi komen ringkas selepas dihubungi oleh pihak Astro Gempak.
Semalam, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak s4man oleh pemilik syarikat produk kesihatan dan kecantikan tersebut terhadap pelakon P1sau Cvkur itu dan Universal Music Sdn Bhd atas d4kwaan mel4nggar kontrak.
Malah menurut laporan Bernama, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.
Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam saman tersebut, Narhamdan mend4kwa selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika kontraknya masih berkuat kuasa.
Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.
Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mend4kwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Gempak
Leave a Reply