Ramai pelakon tanah air mengisi masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta sama ada melakukan kebajikan amal, memasak bersama keluarga atau belajar mengaji.
Bercakap mengenai mengaji, pelakon veteran Nabila Huda berkongsi rasa gembira bahawa puteri kesayangannya bakal habis mengaji Iqra dan akan mengaji Al-Quran tidak lama lagi.
Nabila Terharu Anak Bakal Mengaji Al-Quran
Dipetik dari Instagram Nabila, ibu kepada Keisha Laila ini berkongsi berita gembira yang anak perempuannya itu bakal mengaji Al-Quran.
Nabila meluahkan rasa gembira meski anaknya tidak pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain, namun pencapaian yang ditunjukan membuatkan Nabila bangga dengan puteri tunggalnya itu.
“Jadi hari ini lagi sekali saya nak kongsi berita yang paling menang dari semua berita dalam hidup Abil. Keisha lagi 4 muka surat Iqra, dah nak masuk Al-Quran semua!!!
View this post on Instagram
Dalam pada tak pergi sekolah, hil4ng semua semua kemahiran belajar selain dari Mandarin, dah pergi tahap seterusnya.
Dia dah nak masuk Quran! Yang Abil gembira, kita mula perjalanan ni bersama selama beberapa bulan dan masih bertahan sampai sekarang..
Alhamdulillah! Rasa nak nangis la.. Syabas @lilkupu_kupu !
Kenalan Rapat Ucap Tahniah Dan Mendoakan Nabila & Keisha
Melihat berita gembira yang dikongsikan Nabila di Instagramnya, ramai kenalan rapat mengucapkan tahniah dan mendoakan Nabila dan Keisha dipermudahkan urusan.
“Alhamdulillah.. Sangat gembira mendengarnya”
“MashaAllah Tabar4kallah, moga dipermudahkan semuanya untuk Keisha! Anak solehah”
“Syabas Abil & Keisha”
“Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan”
Tahniah Nabila dan Keisha, semoga cepat habis mengaji dan khatam Al-Quran.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Murai
Leave a Reply