(VIDEO) Baginda Merendah Diri Dan Sangat Jelita -Fazura Dapat Hadiah Daripada Permaisuri Kesayangan

Pelakon dan penyanyi jelita, Fazura mezahirkan perasaan teruja selepas menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi perkara berkenaan di InstaStory dengan memuat naik beberapa video pendek, tengah hari tadi.

Dapat hadiah daripada permaisuri kesayangan

Baginda merendah diri dan sangat jelita

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan pelakon berusia 37 tahun itu membuka kotak hadiah serba kuning yang berisi kepingan syiling emas dan beberapa buah buku keagamaan.

“Junjung kasih Tuanku. Faz akan simpan syiling emas ni untuk Fatima. MasyaAllah, dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini. Love you so much,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu tidak mendedahkan sebab dirinya menerima hadiah istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin tersebut.

Sebelum ini, pelakon Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas kiriman hadiah sebaik melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Fazura

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*