Tidak mudah bagi seseorang individu berjauhan daripada orang tersayang demi memikul tugas dalam mencari rezeki, apatah lagi perlu melalui pelbagai ujian dalam tempoh bertunang.
Itu terjadi kepada seorang pemuda, Amal Fudhail yang reda apabila mengetahui tunangnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain ketika dia sibuk bekerja sebagai ‘surveyor’ di Pelabuhan Pulau Pinang.
Walaupun terpaksa berdepan dugaan tersebut, pemuda yang berasal dari Kuala Terengganu itu dilihat cuba untuk bertenang melalui perkongsian video di platform TikTok yang dirakam oleh rakan sekerjanya, @_doreyzz.
“Kawan dapat tau tunang dah nak kahwin dengan orang lain,” tulis @_doreyzz pada ruangan kapsyen video berkenaan.
Menerusi muat naik video berbeza, pemilik akaun TikTok terbabit turut merakam sambil menitipkan semangat kepada Amal yang tetap mempamerkan senyuman meskipun bersedih dengan apa yang berlaku.
“Bawa bersabar! Tenang, tenang..”
Video meraih 322,800 tontonan itu mengundang hampir 1,000 komen warganet yang rata-rata turut bersedih dan bersimpati dengan nasib pemuda terbabit selepas disakiti oleh insan tersayang.
Malah, ada juga warganet meminta Amal terus bersabar dan percaya dengan ketentuan Allah SWT selain mendoakan dia supaya dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: TikTok @_doreyzz
Leave a Reply