BAK kata pepatah, kalau dah jodoh tidak ke mana.
Seorang wanita bergelar ibu tunggal selama 12 tahun tidak menyangka bertemu jodoh dengan lelaki yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk berkenalan, kira-kira 10 tahun lalu.
Kisah perkenalannya menjadi tular selepas wanita itu memuat naik video ‘Kisah cinta mak-mak’ di aplikasi TikTok.
Wanita berkenaan, Siti Fatma Omar berkata, dia bagaimanapun mengakui tidak begitu berminat dengan jejaka tersebut kerana perkenalan sejak 2011 itu hanya menerusi mesej dan panggilan telefon.
“Dia dapat nombor telefon saya daripada seorang rakan kami. Dia nak berkenalan sebagai kawan, apa salahnya. Saya kata nak ngorat, kenalah tunjuk gambar.
View this post on Instagram
“Dia ada bagi gambar, tapi tak clear. Dia tak pandai bergambar, akaun media sosial tak ada masa tu. Saya layan macam tu je sebab tak kenal siapa dia,”
Lebih dikenali sebagai Tema Omar, wanita berusia 38 tahun itu memberitahu, ketika itu juga dia bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dan agak sibuk untuk membuat persiapan pindah tugas ke Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan.
“Pernah dia datang ke Korea Selatan atas urusan kerja semasa saya bertugas di negara itu, dia nak jumpa saya. Entahlah, boleh je nak jumpa sebagai kawan. Tapi saya tak berminat.
“Sebenarnya boleh juga dia nak jumpa sebelum saya ke Korea pada 2012, tapi dia tak buat. Walaupun tak berjumpa, kami masih berhubung di WhatsApp, cuma tak kerap.
“Pernah dia mesej saya ucap Selamat Hari Raya tahun 2017, Hari Raya tahun 2018 baru saya balas,” katanya, sambil menambah masing-masing pada masa itu turut berkawan orang lain.
Tema Omar (kanan) kagum dengan kesungguhan suaminya untuk berkenalan.
Ibu kepada dua cahaya mata yang berkhidmat sebagai PTD sehingga 2020 itu bagaimanapun kagum dengan konsistensi lelaki berkenaan yang terus setia untuk mengenalinya meskipun ‘berat’ berkongsi gambar yang jelas.
“Dia bukan nak menggatal, tapi mahu bertanya berkhabar. Kadang-kadang kami bercakap di telefon. Dia pernah ajak untuk video call, tapi saya pula tak nak sebab belum jumpa.
“Pada 2019, kami akhirnya berjumpa setelah lapan tahun berkenalan. Dia datang ke showroom kedai saya menerusi jemputan saya hantar secara broadcast kepada semua kenalan.
“Dia bersemuka dengan saya dan beri salam. Saya tanya siapa? Dia perkenalkan diri dan saya terkejut macam tak percaya, kenapa nampak lain? Sebab muka dia dalam gambar sebelum ini tak clear, tapi bila jumpa depan-depan handsome!” ujarnya secara berseloroh.
Tema Omar (dua, kanan) dan suami (dua, kiri) serta dua anaknya hasil perkahwinan terdahulu.
Namun bukan wajah yang tampan mencairkan hati Tema Omar, sebaliknya kesungguhan lelaki itu membuatkan dirinya terbuka hati untuk menerimanya sebagai suami.
“Nampak kesungguhan dia. Selepas tertarik tengok dia dan keramahannya dengan keluarga saya… saya ingat balik kenangan lapan tahun kami berkenalan, tengok balik mesej-mesej dia.
Saya tak ada kisah cinta yang terbaik untuk dikongsi. Sebagai ibu tunggal selama 12 tahun dan membesarkan dua anak adalah jangan jadi lemah tanpa seorang suami, tapi insyaAllah right man akan datang buat kita
TEMA OMAR
“Saya mengaku cinta pandang pertama. Suami seorang yang sangat peramah, kelakar, rajin, pandai buat kerja-kerja rumah,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 25 Jun lalu.
Menurut usahawan itu, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan suaminya yang berusia 41 tahun, bekerja sendiri dan juga pernah berkahwin sebelum ini.
Pasangan ini akhirnya bergelar suami isteri selepas perkenalan pada 2011.
“Saya tak ada kisah cinta yang terbaik untuk dikongsi. Sebagai ibu tunggal selama 12 tahun dan membesarkan dua anak, nasihat adalah jangan jadi lemah tanpa seorang suami, tapi insyaAllah right man akan datang buat kita.
“Kalau ada orang di sekeliling yang berminat nak berkenalan dan berkawan, jangan takut untuk beri mereka peluang, mungkin mereka jodoh kita. Dan kita jangan takut memberi peluang kepada diri sendiri mengenali orang lain.
“Arwah ibu pernah pesan bila saya nak kahwin (semula), tak kan nak cari kesempurnaan. Selagi tak kahwin kita tak tahu. Alhamdulillah, suami merupakan seorang yang banyak menaikkan semangat saya,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: mStar
Leave a Reply