Sebentar tadi, kita telah mendapat khabar yang gembira dari bumi Tokyo apabila atlet negara dalam acara parabadminton Paralimpik Tokyo 2020 telah menghadiahkan sebutir lagi pingat emas.
Cheah Liek Hou yang memenangi final parabadminton apabila berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.
Cheah Liek Hou raih EMAS KEDUA buat Malaysia !! #sokongmalaysia #ganbattemalaysia Tahniahhhhh !! pic.twitter.com/HbpBl9rrZ6
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2021
Menerusi Astro Arena, Cheah Liek Hou sempat membuat panggilan video bersama ahli keluarganya yang begitu sebak dengan kejayaan yang diraih atlet tersebut. Sedutan temubual ringkas berkenaan telah dimuat naik semula warganet ke laman Twitter.
WEHHHHH CHEAH LIEK HOU MENANGIS😭😭😭😭😭 AGAIN, CONGRATULATIONS HERO👏🏻♥️ pic.twitter.com/uZZeIPV1rl
— Hani Coklat🇲🇾 | Lokal Munchies (@Haneyy__) September 4, 2021
Menurutnya, dia hanya mahu melepaskan segala tekanan ketika bermain dan berasa sangat lega seusai menggenggam pingat emas memandangkan sudah lama menahan pelbagai tekanan sepanjang bergelar atlet.
Dia akui turut menangis dan memeluk jurulatih apabila berjaya menewaskan lawannya.
Selain itu, ketika upacara pemberian pingat, bukan hanya Cheah Liek Hou sahaja yang berlinang air mata sewaktu lagu Negaraku berkumandang di Jepun, tetapi seluruh rakyat Malaysia yang menonton turut sama sebak dengan situasi yang sangat membanggakan tersebut.
Menangis ye dengar lagu Negaraku tadi😭😭😭 You did it! Thankyouuu Cheah Liek Hou♥️👏🏻🇲🇾#Paralympics #ParaBadminton #GanbatteMalaysia #SokongMalaysia pic.twitter.com/J5UfmTalUR
— Hani Coklat🇲🇾 | Lokal Munchies (@Haneyy__) September 4, 2021
Dapat dilihat wajah Cheah Liek Hou yang begitu sebak ketika berdiri menyanyikan lagu Negaraku yang sudah pasti akan diingati sampai bila-bila.
Kejayaan atlet parabadminton ini menjadi emas kedua Malaysia selepas atlet angkat berat Bonnie Bunyau memperoleh pingat tersebut untuk kategori 72kg tempoh hari.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: OMM
Leave a Reply