“InsyaAllah Suatu Hari…” -KeciI Hati Dikvtuk Tak Pakai Mustang, Pengasas Produk Tapi Naik Myvi Je

BUKAN kereta mewah yang dikejar, sebaliknya banyak lagi tanggungan yang perlu difikirkan.

Begitulah jawapan seorang usahawan wanita apabila dirinya dipertikai kerana hanya menaiki kereta Perodua Myvi.

Menurut Shah Noraini Mohd Noor, 26, yang menjadi pengasas produk kecantikan sejak 2019, dia berkecil hati dengan komen itu yang ditinggalkan oleh seorang individu menerusi laman TikTok miliknya.

Jelasnya, individu itu mempertik4ikan kenapa dia tidak menaiki kereta mewah Ford Mustang seperti pengasas-pengasas produk lain di negara ini.

“Saya kecil hati dengan komen itu. Saya rasa down dan terfikir, kenapa dia tulis begitu? Saya pun tak tahu siapa individu itu.

“Tapi suami minta saya abaikan dan tak ambil hati. Kata suami, budak-budak yang komen. Tapi sejujurnya memang saya rasa kecew4.

“Kita tak boleh judge orang sekiranya dia susah atau senang. Tak semua orang berharta dan ada kereta mewah. Kita kena sentiasa bersyukur,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

v

Dia yang mesra disapa Peah mended4hkan kereta itu dibeli pada tahun 2019, hasil titik peluh dia berniaga sendiri.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata berusia lima bulan itu, dia enggan bermewah kerana banyak lagi kos lain yang perlu ditanggungnya setiap bulan.

peah2

Peah baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lepas.

“Saya ada 10 beradik, saya anak ketujuh. Allah beri rezeki lebih, dulu saya dapat beli Myvi. Saya nak tanggung mak ayah, adik-adik lagi.

“Walaupun saya beli Myvi, mak ayah saya dah cukup seronok. Sebab kami memang asal orang susah. Sebab tu saya jadi ger4m bila orang komen mempersoalkan kereta saya.

“Saya cuma nak bahagiakan mak ayah selagi mereka masih hidup. Saya nak bina rumah untuk mak ayah yang dah berumur 70 tahun.

InsyaAllah suatu hari nanti nak beli kereta GTR.

PEAH

“Kalau saya fikir nak beli kereta mewah, saya akan menyesal kerana pentingkan diri sendiri. Keluarga pun mengharapkan saya,” ujarnya lagi yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Menurut Peah, dia sudah melalui fasa susah dalam hidupnya suatu masa lalu termasuklah berhujan dan berpanas ketika menaiki motosikal untuk menghantar barang jualan.

Namun katanya, suami, Muhammad Syahmi Ramli, 26, banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan agar dia terus kuat untuk menempuhi dugaan.

peah3

Peah berkecil hati dengan komen yang ditinggalkan di TikTok.

“Suami saya memang terbaik. Dia selalu push saya dalam bisnes. Saya jenis tak berani dan pemalu, tapi suami banyak beri tunjuk ajar.

“Impian saya, InsyaAllah suatu hari nanti nak beli kereta GTR (Nissan). Saya hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Banyak lagi saya kena belajar, kena belajar perlahan-lahan. Saya tak kisah saya naik perlahan-lahan, yang penting ia berkekalan,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 28 Mei tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*