Merindui orang yang sudah tiada sememangnya bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika insan tersebut merupakan antara yang paling rapat dengan kita.
Oleh itu, tidak salah untuk kita terus mengingatinya dengan ca tersendiri asalkan tidak meratap ataupun menyalahkan takdir diatas pemergiannya.
Oleh itu, seorang pemuda dikenali sebagai @teheuiss telah memuat naik video menjawab soalan sesetengah pihak mengapa dia kerap memakai baju yang sama apabila menunaikan solat Jumaat sebelum ini.
Menurut pemuda berusia 20 tahun tersebut, sebenarnya baju Melayu berkenaan adalah baju terakhir arwah adiknya ketika hari raya sebelum meninggal dunia kerana kanser sekitar tahun 2019.
@teheuissNi last baju raya arwah adik :’)) ##ttfadan ##decixotentions ##cixontentions ##decixotention ##fypmasukbranda ##foryourpagess♬ original sound – _belkartiika
Jadi, pemakaian baju tersebut sebagai salah satu cara dia menyatakan rasa rindu terhadap adiknya iaitu Allahyarham Mohamad Haiqal Najmi bin Muhamad Zura.
Sebelum ini, pengguna TikTok ini pernah tular apabila memuat naik video kebersamaannya dengan adik lelakinya sebelum remaja itu meninggal dunia setelah berjuangan melawan kanser.
Adik aku tak kuat adik 😭 Aku masih tk percayaaa adik yg hang dah tk adaa 😭 Ya Allahhh 😭😭😭 pic.twitter.com/jSThrMHZMP
— Fadannnnn (@frhdnmhdzuraaa) November 27, 2019
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh @teheuiss itu, ramai yang meninggalkan komen dengan mengucapkan takziah kepada pemuda tersebut.
Mereka juga sempat mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan rohnya terus dicucuri rahmat.
Pengguna TikTok berkenaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan sudi mendoakan kesejahteraan arwah adiknya di alam sana.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: TikTok @teheuiss, Twitter @frhdnmhdzuraaa via omm
Leave a Reply