Trend Akhir Zaman? Lufya Omar Komen Pasal Ramai Artis Mula Berhijab

Alhamdulillah!

Tak dinafikan saban hari makin ramai selebriti tanah air mula mengenakan hijab sepenuhnya. Tolak d4kwaan hijab sebagai trend dalam berfesyen, penyanyi dan pelakon Lufya Omar menyifatkan ia adalah trend ‘Akhir Zaman’.

“Bukan, Tapi Trend Akhir Zaman”- Lufya 

Meskipun banyak berita baik mengenai selebriti mengenakan hijab, Lufya mendedahkan ianya bukanlah disebabkan oleh trend dalam berfesyen. Malah ianya terjadi disebabkan oleh kesedaran terhadap akhir zaman.

Ramai artis berhijab sebab trend? Bukan trend sis, tapi trend Akhir Zaman dah nampak dengan jelas dan ketara. Perbanyakkan selawat dan sedekah dari menilai orang”, kongsi Lufya.

Akui pelakon ini, tanda-tanda mengenai akhir zaman semakin hari semakin jelas. Pada masa yang sama, dia mengajak orang ramai untuk terus melakukan kebaikan dalam kehidupan.

Lufya Tinggalkan Pesanan 

Pada masa yang sama, Lufya turut mendedahkan bahawa setiap individu tidak mempunyai penghujung hidup yang sama. Tambahnya, tidak semestinya orang yang berhijab itu adalah baik dan sebaliknya.

“Penghujung hidup kita pun belum pasti. Belum tentu yang bertudung labuh bertutup litup masuk syurga! Yes true.

Pesanan untuk diri sendiri, berhenti mengumpat (ghibah), berhenti menilai orang lain, berhenti cakap tentang masa lalu. Bergerak ke hadapan dan jadi hamba Allah yang terbaik”, tulisnya.

Lufya turut meninggalkan pesanan kepada pengikut dan orang ramai agar meninggalkan perkara yang dilarang dalam agama. Malah turut sama-sama memperbaiki diri untuk mencari keredhaan Tuhan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*