“Dia Tak Pernah Menang!s Tengok Saya” -Si Kecil Luah Emosi Sebenar Saat Melihat Ibunya Pulang Dari Arab Saudi

MENERUSI sebuah video kedengaran tang1san seorang anak kecil yang meluru ke arah ibunya di pintu pagar dan pastinya ia mengundang seb4k.

Manakan tidak, babak penuh em0si itu merupakan pertemuan pertama antara dua beranak selepas terpisah ribuan kilometer selama hampir sembilan bulan.

Wanita itu, Masfarlinie Hazmi berkata, dia akhirnya pulang berjumpa dengan keluarganya di Malaysia selepas berjauhan kerana bekerja sebagai jurur4wat di Arab Saudi.

Ibu berusia 31 tahun berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya, Daniel Aryan Alhaqq Yusrizal yang ketika itu berusia kira-kira setahun adalah sebelum dia kembali bertugas, akhir tahun lalu.

“Habis saja berp4ntang selepas melahirkan Aryan (anak), saya bawa dia bersama ibu ke Arab Saudi. Kami kembali ke tanah air selepas setahun kerana visa hampir tamat tempoh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Anak ikut sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) sewaktu keluarga hantar saya untuk kembali ke Arab Saudi, tapi dia okay sebab masih kecil dan ada Mak Tok dia iaitu ibu saya. Saya je yang menang1s,” katanya kepada mStar.

terpisah 9 bulan 5

Foto kiri Mas sebagai jurur4wat sebelum pandem!k, foto kanan Mas (kanan) bersama rakan setugas memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika pandem!k.

Jururawat di sebuah hospital di Madinah itu bagaimanapun mengakui bukan mudah terpaksa berjauhan dengan keluarga terutama anaknya yang masih kecil.

“Jujurnya, mental saya tak ready untuk hadapi situasi ketika itu. Saya percaya mana-mana ibu pun takkan ready untuk berjauhan dengan anak, apatah lagi anak baru berusia setahun.

“Tapi saya hadap je atas rasa tanggungjawab untuk bekerja. Saya bersyukur ada suami yang memahami memberi sokongan, dialah yang banyak buat saya cool down,” ujarnya yang bertugas sebagai jurur4wat di negara itu sejak enam tahun lalu.

terpisah 9 bulan 3

Mas (kanan) dan ibu bersama anak menyambut Aidilfitri di Madinah, pada 2020.

Lebih mesra disapa Mas, dia yang berasal dari Changlun, Kedah memberitahu, sepanjang berjauhan hanya panggilan video menjadi pengvbat rindu hubungan jarak jauh dengan keluarga terutama anak.

“Hari-hari saya buat video call, tapi anak saya tak pernah menangis bila tengok saya. Sama ada dia hanya bercakap sikit-sikit atau gelak-gelak.

“Selebihnya anak tak fokus sebab buat aktiviti lain, perangai budak-budak kan. Saya je yang tak dapat tahan tengok anak dan suami sebab rindu sangat,” sambil menambah video aktiviti anaknya yang dirakamkan suami turut sedikit sebanyak mengubat rindunya.

terpisah 9 bulan 2

Sambutan hari ulang tahun anak yang pertama di Madinah.

Wanita itu pulang ke tanah akhir awal bulan ini selepas tiba gilirannya untuk mengambil cuti panjang, namun masih perlu menjalani kuarant1n selama dua minggu selepas tiba di Malaysia.

“Saya balik Malaysia 5 Ogos, jumpa keluarga di Changlun pada 18 Ogos selepas kuarant1n. Masa sampai di pintu pagar rumah tu, saya memang tak sangka anak akan menang1s.

“Saya ingatkan anak cuma terkejut dan berlari-lari bermain macam biasa. Bila dia nang1s tiba-tiba, saya yang cuba tah4n seb4k memang tak boleh, ikut menang1s sama,” ujarnya.

Jujurnya, ment4l saya tak ready untuk hadapi situasi ketika itu. Saya percaya mana-mana ibu pun takkan ready untuk berjauhan dengan anak, apatah lagi anak baru berusia setahun.

MASFARLINIE

Mas yang kini bercuti selama lebih sebulan bersyukur kerana akhirnya dapat meluangkan masa bersama suami dan anak serta keluarganya.

“Saya rasa puas hati dapat gom0l dan pelvk anak depan mata. Sebelum ni asyik tengok video atau video call saja,” katanya yang menyifatkan anaknya itu ceria, aktif dan lasak.

terpisah 9 bulan 4

Mas amat merindui anak yang berjauhan dengannya.

Dalam pada itu, Mas mempunyai alasan tersendiri apabila terpaksa berk0rban dengan berjauhan daripada keluarga demi mencari rezeki di luar negara.

“Niat pertama saya kerja di Madinah kerana impian arwh abah. Dia kata nak ke sana nanti, tapi cukup dua minggu saya kerja, abah men1nggal dunia akibat hyp0glycemia (gula darah rendah), abah tak sempat ikut… hajat abah tak kesampaian.

“Ada yang cakap jangan tinggalkan Aryan. Masing-masing ada sebab tersendiri, begitu juga dengan saya untuk bekerja di Arab saudi… ada tanggungjawab saya.

“Bagaimanapun, kali ini saya bercadang untuk membawa anak saya dan ibu semula untuk temankan saya di Arab Saudi. Kali ini suami pula yang kena tinggal,” ujarnya sambil menambah bapanya yang menghidap kenc1ng man1s men1nggal dunia pada usia 59 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*