[VIDEO] Bekas PA Vida Dedah Hampir Kahwin, Dah Buat Ujian…. Mampu Bagi RM1 Juta Sebulan

GOSIP cinta membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli terus menarik minat netizen di laman sosial.

Selepas dikaitkan dengan jutawan tersebut, Iqbal, 27, akhirnya tampil menjawab beberapa spekulasi dan mempersoalkan mengenai kriteria calon suami yang dinyatakan oleh Vida.

“Saya ada baca syarat-syarat bakal suami yang dia mahu… tapi saya pun keliru, dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia dia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula.

“Kalau nak cakap fasal kaya… saya akui saya tidaklah terlalu kaya tapi sekarang ini saya sedang bekerja keras ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik daripada dulu. Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.

“Sejujurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak mengaku perasaan itu. Saya tahu dia nak kahwin tapi tak yakin,” katanya kepada mStar.

iqbal 3

Iqbal akui sudah mampu beri nafkah zahir dan batin.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Vida memberitahu dia mahu seorang suami yang sama ‘level’ termasuklah memiliki pengalaman, usia dan sumber kewangan yang kukuh.

Ditanya mengenai status hubungannya dengan usahawan berasal dari Kelantan itu, Iqbal berkata mereka masih berkawan baik, namun mengakui soal hati masih tiada jawapan sehingga kini.

Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga.

AHMAD IQBAL

BEKAS PEMBANTU PERIBADI VIDA

“Hubungan kami pernah bermasalah pada tahun 2017, tapi sekarang ni kami baik dan rapat semula. Setiap hari kami berhubung melalui panggilan telefon, berborak mengenai pekerjaaan dan hal peribadi.

“Tapi sejauh mana hubungan istimewa itu saya pun tak tahu, dia tak pernah mengakui tentang hal itu… sejujurnya hati saya terhadap dia masih sama.

“Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkahwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan, kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja,” ujarnya.

iqbal 2

Iqbal masih ada perasaan terhadap Vida.

Enggan lagi terus meletakkan harapan, Iqbal pasrah jika dia dengan Vida hanya ditakdirkan sebagai kawan.

Ini kerana dia memahami situasi penyanyi lagu I Am Me itu yang perlu menjaga hati banyak pihak jika memilih untuk mengakhiri zaman janda.

“Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia trauma dengan perkahwinan sebelum ini.

“Saya pun tak mahu putus kawan, biarlah kami terus berkawan macam biasa. Kalau kita teruskan ia akan jadi lebih complicated… sayang itu ada tapi saya sedar jika saya saja terhegeh-hegeh pun tak akan jadi apa.

“Saya pun tak nak orang kata saya menumpang dia. Saya takut menunggu tapi hujung-hujung tak jadi apa! Kalau ada jodoh, ada la,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*