Doakan Agar Anak Tidak Alami Zaman J4hil, Aeril Zafrel Titip Pesanan Buat Attar Sempena Hari Lahir Ke-8

Menyambut hari kelahiran anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang ke-8 tahun, pelakon Aeril Zafrel sekali lgi mencur1 perhatian peminat apabila dia tampil menitipkan doa-doa indah buat cahaya mata pertamanya itu.

Suami kepada pelakon Wawa Zainal ini juga berkata dia akan sentiasa menitipkan pesanan buat anak-anaknya agar dapat dijadikan pedoman pada masa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Menganggap kehadiran Attar dalam hidupnya sebagai sumber kekuatan meskipun pada awalnya sering dihemp4s ‘badai dan gelora’.

Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kej4hilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan mencintai dan dicintai Tuhan.

Pelakon filem Sabda Kekasih ini juga mendoakan anak sulungnya itu agar sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah S.W.T.

Dia juga berharap Attar dapat menjaga adik-adiknya di saat dirinya sudah tiada dan mengambil nasihat tersebut sebagai petunjuk sepanjang hayat kehidupan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Sungguh iman dan takwa tak dapat diwarisi, tapi Attar terimalah ini sebagai wasiat iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan dan mahu anak-anaknya selamat dan menyelamatkan serta berjaya dunia dan akhirat” tulis Aeril panjang lebar di laman Instagram miliknya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*