Begitu hantaran yang dimuat naik pelakon Farah Nabilah, 29 di laman instagramnya tiga hari lepas dan jika melihat transisi muat naik foto-foto di laman instagramnya, mungkin petikan kata-kata ini cuba menceritakan perubahan yang kini cuba dilakukan olehnya. Pada hari sama, Farah mengedit gambarnya mengenakan selendang yang hanya menutupi sebahagian rambutnya dan semalam dia memuat naik videonya bersama anaknya, Andre dengan berhijab penuh.
Gambar profil instagramnya juga kini menampilkan dirinya berhijab penuh. Sejak Jun lagi sebenarnya pelakon yang mula popular sejak berlakon di samping Zul Ariffin dalam drama rantaian Titian Kasih ini mula tampil memakai selendang yang menutupi sebahagian rambutnya.
Penampilan terbarunya itu turut mendapat pujian daripada rakan baiknya yang juga baru sahaja mula berhijab, Izara Aishah.
View this post on Instagram
“Cantiknya my fren”, kata Izara. Mawar Rashid dan netizen lain turut tidak ketinggalan memuji kecantikan Farah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Cari
Leave a Reply