MASIH lagi memakai lampin pakai buang, kepintaran seorang anak kecil di luar jangkaan.
Manakan tidak, setiap kali bapanya menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Arab, kanak-kanak tersebut pantas menjawab
Gelagat dan kepintaran si cilik itu menerusi video yang dikongsikan bapanya di laman sosial menjadi perhatian, dengan sekali-sekali kedengaran bunyi-bunyi binatang selepas membuat tekaan.
Ahmed Ibrahim Ahmad berkata, ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran anak lelakinya yang berusia tiga tahun dalam menguasai bahasa Arab.
Sebagai permulaan, dia mendidik anaknya dengan mengenali haiwan-haiwan menerusi lagu mengenai bintang dalam bahasa itu.
View this post on Instagram
“Baru sehari dengar, Yusof (panggilan anak) dan ingat. Dua atau tiga kali sebut nama haiwan tu, dia dah ingat dalam bahasa Arab. Dia memang cepat ingat.
“Sejak umurnya dua tahun saya dedahkan lagu-lagu mengenai haiwan. Baru sekarang dia belajar hafal nama-nama haiwan dalam bahasa Arab,” katanya yang berusia 28 tahun kepada mStar.
Ustaz Ahmed membawa anak-anak ke zoo untuk mengenali haiwan secara dekat.
Lebih dikenali sebagai Dai Ahmed atau Ustaz Ahmed, katanya, lebih 30 nama haiwan dalam Bahasa Arab telah dihafal anaknya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.
“Saya ajar dia dengan macam-macam cara seperti berdialog. Saya tangkap cicak dan dalam takut-takut dengan binatang itu dia berjaya sebut wazaghah dalam bahasa Arab.
“Kalau semut gigit, dia sebut namlah. Bila nak senja, saya beritahu cepat masuk rumah nanti nyamuk masuk, disebutnya ba’udhah,” ujarnya yang merupakan imam dan guru agama.
Ustaz Ahmed (tengah) menunjukkan lukisan haiwan, ditemani dua anaknya.
Dia yang juga penceramah bebas memberitahu, proses mengenali haiwan juga dibuat disebabkan dalam al-Quran banyak bercerita mengenai kisah makhluk itu yang sangat luar biasa.
“Ada sesi pelajaran dan motivasi. Selain itu, saya juga membawa keluarga melawat ke zoo untuk memberikan peluang pada anak mendekati haiwan-haiwan di hadapan mata,” katanya.
Antara gambar haiwan yang dilukis Ustaz Ahmed.
Dia yang merupakan guru bagi pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua turut mengasah bakatnya dalam lukisan demi memperkasakan penguasaan anaknya dalam bahasa Arab.
“Selain lagu dan gambar termasuk haiwan sebenar, saya juga melukis beberapa haiwan seperti arnab, buaya, musang dan gajah.
Rupa-rupanya senang nak melukis jika tahu teknik. Dalam ajar anak bahasa Arab, saya belajar melukis
USTAZ AHMED
“Saya tak pandai melukis, dari dulu masuk pertandingan melukis tapi pernah menang. Disebabkan anak, saya pun push diri sendiri untuk belajar melukis daripada YouTube.
“Rupa-rupanya senang nak melukis jika tahu teknik. Dalam ajar anak bahasa Arab, saya belajar melukis,” kata Ustaz Ahmed yang lebih mahir dalam seni tulisan khat.
Yusof merupakan kanak-kanak pintar.
Menurut Ustaz Ahmed, dia turut membudayakan bahasa Arab kepada anaknya dengan memasang bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada awal pagi di rumah.
“Saya bagi dia dengar al-Quran selepas Subuh. Bila dia bangun tidur dapat dengar bacaan tu. Saya juga pastikan anak-anak biasa mendengar qasidah, selawat, zikir dan azan.
“Untuk ajar anak-anak mengusai bahasa Arab ni kena kreatif. Kita bagi dia selesa dengan sebutan-sebutan tu dalam perbualan setiap hari.
“Yusof sering bermimpi digigit ular, dan dia akan mengadu pada saya dengan menyebut sebut thu’ban (bermaksud ular). Saya berpesan pada dua kalau bermimpi kena baca doa, dan sebut nauzubillah agar kita diberikan perlindungan dengan bantuan Allah SWT,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply