Setelah tertangguh buat sementara waktu akibat pelaksanaan perintah berkurung oleh pihak pemerintah, pasangan pelakon Rizky Billaser serta penyanyi dangdut bernama Lesti Kejora akhirnya mengikat perkahwinan yang halal sebentar tadi. Selain tular selepas membuat majlis melamar serta khatam Al-Quran secara live di TV nasional, kemewahan acara pada hari ini sekali lagi mengagumkan ramai.
Hanya 30 tetamu jemputan diundang…Wajib jalani swab test
Menerusi laporan Tribunnews, pintu masuk ke hotel lokasi mereka disatukan berada dalam kawalan yang sangat ketat selain memastikan semua tetamu menjalani swab test dan menunjukkan sijil vaks1n4si. Selain ahli keluarga terdekat, pasangan mempelai ini hanya menjemput sebanyak 30 orang sahaja tetamu jemputan untuk hadir.
Antara yang menjadi perhatian adalah wang hantaran pengantin lelaki yang dihadiahkan kepada Lesti iaitu dengan nilai 1.042.020.135,00 Rupiah Indonesia bersamaan sekitar RM300,000. Malahan ia disusuli dengan pemberian kereta mewah serta rumah baru. Pertama kali memanggil Rizky dengan gelaran ‘suami’, jelas kedengaran suara malunya saat menyampaikan ucapan.
“Suamiku” masya allah ##lesty ##rizkybillar ##takdircintaleslar ##akadnikahleslar ##leslar ##leslarindonesia ##leslarupdate ##fypシ゚viral
Rizky tidak berhenti senyum lihat Lesti masuk ruang nikah
Berlangsung dengan adat Sunda, Rizky terlihat tidak berhenti tersenyum setelah melihat kemasukan Lesti dalam ruangan nikah. Kedua-dua juga terlihat menangis saat menaiki pentas bagi meminta restu ibu bapa dalam mengharungi kehidupan berumah tangga. Terdahulu, hubungan percintaan pasangan artis ini disifatkan sebagai rekaan (setting). Namun dengan penyatuan pada hari ini langsung menjadi bukti ketulusan cinta mereka berdua.
##takdircintaleslar ##lesty ##rizkybillar ##leslar ##leslarindonesia ##fypシ゚viral ##xbyzca ##akadnikahleslar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: dnq
Leave a Reply