Khalid Samad Ded@h Apa Yg Akan Berlaku Kepada Kerajaan Jika Ismail Sabri Jadi PM

SHAH ALAM – Kerajaan baharu bakal tidak stabil sekiranya Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang berpendapat demikian yakin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mencari penyelesaian dan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menjadi antara penyelesaiannya.

“Ismail Sabri dikatakan mendapat sokongan 114 ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Kalau benar, sejauh mana kestabilan kerajaan dibentuknya,” soal Khalid dalam kenyataan di laman Twitternya pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) turut berpendapat, kerajaan baharu itu hanya mampu bertahan setahun lima bulan seperti Perdana Menteri kelapan.

“Sestabil kerajaan MY (Muhyiddin Yassin) rasanya. Alhasil balik asal. Tak stabil langsung.

“UG (Kerajaan perpaduan)?” kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada cadangan pembentukan kerajaan perpaduan ketika negara dan rakyat berdepan pandemik Covid-19.

Dafi jadi perhatian, yakin ‘papa’ Ismail Sabri galas tanggungjawab dengan baik – “Dia pernah hidup sus@h, tak mahu orang lain susah”

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Penyanyi dan pelakon Dafi melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Pedana Menteri kesembilan hari ini.

Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail, 33, dia percaya bahawa bapanya mampu melunaskan tanggungjawab untuk tanah air tercinta yang telah diamanahkan.

“Sebagai anak, sudah pastinya saya tumpang gembira dengan pelantikan papa (panggilan untuk Ismail). Kami sekeluarga sangat bangga dengan pencapaiannya.

“Jawatan ini bileh dikirakan sebagai kemuncak kerjayanya. Perdana Menteri merupakan tanggungjawab yang besar dan saya percaya dia mampu melakukannya dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga berharap bapanya akan terus kuat dalam menghadapi segala onak duri yang bakal dilalui sepanjang bergelar Perdana Menteri.

“Saya doakan papa terus kuat. Kecaman mahupun kata-kata negatif merupakan asam garam kerjayanya terutama dalam bidang politik.

“Insya-Allah saya yakin dia akan lakukan terbaik untuk negara dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan,” ujarnya.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Semalam nama Dafi mencatat sohot kini dalam Twitter apabila nama Ismail Sabrie disebut sebagai Perdana Menteri susukan mendapat undian majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Selain nama Dafi, gelaran ‘Bapak Dafi’ yang diberikan kepada Ismail juga antara perkataan yang banyak diciap oleh pengguna Twltter.

Ini 10 fakta yang perlu anda tahu mengenai PM ke-9

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang anda perlu ketahui:

1. Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960.

2. Mendirikan rumah tangga pada 1986 bersama pasangannya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

3. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

4. Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.

keluarga ismail sabri

Ismail Sabri (empat, kiri) bersama isteri, anak, menantu dan cucu. foto instagram ninaismailsabri

5. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh, Pahang (1967), Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976). Beliau menyambung pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (1980).

6. Memulakan kerja sebagai peguam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, pada 1995 dan berpengalaman menjadi jemaah menteri sejak 2008.

7. Menjadi Ahli Parlimen Bera dari 2004 sehingga kini.

8. Menerajui lima kementerian iaitu menjadi Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Pertahanan.

9. Sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), selain menjadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

10. Dalam parti politik, beliau bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Temerloh (1987), Ketua Penerangan Umno Bahagian Temerloh (1988), Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Temerloh (1993) dan Timbalan Ketua Bahagian Temerloh (2001) serta Ketua Umno Bahagian Temerloh (2004). Kini, beliau merupakan Naib Presiden Umno.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Satkoba

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*