Janji Nak Pulang Bila Kerajaan Dah Bertukar, Caprice Sokong Kalau Hishamuddin Jadi PM Baru

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu Caprice yang tidak mahu pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat.

Caprice menyuarakan suara hatinya itu dalam satu sesi live bersama rakan selebriti, Sharnaaz Ahmad sambil menangis kerana gagal menahan emosinya.

Namun semalam, soalan peminat telah meninggalkan soalan cepumas di ruangan komen akaun Instagram Caprice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menjawab soalan peminatnya itu, Caprice memberitahu yang dia berharap supaya perkara itu tidak benar-benar belaku. Tambahnya lagi, dia tidak suka sentiasa menjadi betul.

Hari ini Malaysia digemparkan dengan berita Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan beliau dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana. Kemungkinan satu kerajaan baru akan dibentuk tidak lama lagi.

Caprice dalam masa yang sama telah memuat naik beberapa status di akaun Instagramnya yang menyatakan harapannya supaya Hisyammudin Hussein, Menteri Kanan Luar Negeri dilantik sebagai perdana menteri yang baru.

Menurutnya lagi, pemilihan itu dibuat berdasarkan jangkaan dan pemerhatiannya yang melihat Hishamuddin antara calon yang sesuai berdasarkan ‘agenda dunia’.

Selain dari menteri itu, Anwar Ibrahim turut dipilihnya sebagai calon yang boleh megambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Yang paling sesuai dengan agenda dunia ialah Hishamuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa dia baru berjumpa atau siapa di belakang dia, apa dia buat baru-baru ini.”

Nama ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li turut menjadi calon pilihan Caprice berdasarkan faktor senioriti.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*