“Dia Bagi Jam Tangan Guess Seorang Satu”- Helen Yap Kongsi Kenangan Manis Bersama Siti Sarah 18 Tahun Lalu

Kisah mengenai pemergian Siti Sarah Raissuddin ternyata telah memberi kesan yang begitu mendalam kepada rakyat Malaysia. Pelbagai kisah kebaikan yang dikongsi oleh rakan-rakan artis serta rakyat Malaysia dan salah seorang yang terkesan dengan pemerg1an Siti Sarah adalah Helen Yap.

Kenang Kisah Saat Bersama Arwah

Menurut perkongsian di Instagram, Helen Yap menceritakan kembali saat kemenangan album Kesetian di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM) untuk kategori Best Pop Album dan Album Terbaik 2003.

Sebenarnya tidak ramai tahu, tetapi setelah kami producer dan composer Album Siti Sarah Raissuddin menang AIM 2003 (Anugerah Industri Muzik Malaysia) untuk Best Pop Album dan Album Terbaik 2003, arwah Siti Sarah dengan besar hatinya telah menghadiahkan kami semua serta sound engineer dan label NAR records dengan jam tangan Guess sebagai token of appreciation. Semua individu di sebalik tabir album Kesetiaan dapat seorang satu. Kami juga dijemput untuk menghadiri majilis makan malam dan kesyukuran di rumah arwah.

Jam Tangan Guess Beserta Kristal Swarovski

Apa yang dikongsikan oleh Halen Yap, semua individu yang terlibat dalam menjayakan album Siti Sarah dihadiahkan jam tangan Guess beserta manik kristal dari Swarovski sebagai tanda penghargaan.

Arwah Seorang Yang Bersyukur Dan Mengenang Budi

via Instagram Helen Yap

Bagi Helen Yap, peribadi mulia yang ada pada Siti Sarah telah wujud pada usianya masih muda lagi. Baginya Sarah seorang yang bersyukur, berterima kasih dan mengenang budi semua individu yang menolongnya dalam kejayaan album Kesetian.

Tambahan daripada itu, Helen Yap turut menyatakan bahawa pemberian jam tangan itu sebagai salah satu kenangan manis bersama Siti Sarah dan dia sentiasa mengingati kebaikan dan bakat yang ada pada arw4h.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*