Reda di atas pem3rgian isterinya, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia sering bergurau dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebagai bidadari syurga dalam hidupnya.
Bagaimanapun, Shuib berkata bagai ada kebenaran di sebalik gelaran diberikan kepada bidadarinya itu apabila satu demi satu kebaikan arw4h isterinya ditunjukkan dan ramai yang tidak putus-putus mendoakan.
“Kini, satu persatu Allah tunjukkan kebaikan arw4h isteri. Selain doa tidak putus-putus sejak arw4h dalam keadaan krit1kal sehingga caranya dijemput Ilahi akib4t C0VID-19 dan selepas melahirkan anak keempat, saya nampak ia bagaikan ada kebenaran di sebalik gelaran yang saya berikan.
“Saya yakin dan pasti arw4h pasti mencium bau syurga, insya-Allah. Saya berdoa Allah meletakkan arw4h isteri di tempat yang paling baik.
“S3dih, saya adalah orang paling bers3dih atas kehil4ngan kekuatan hidup saya. Namun, saya reda dengan ketentuan takdir. Saya bersyukur sempat mengajar arw4h mengucap kalim4h syahadah sebelum tutup mata,” katanya kepada BH Online.
Mengenai pemilihan anak keempat mereka, Ayash Affan, Shuib berkata nama itu dipilih oleh arw4h isterinya yang diambil sempena nama pejuang di G4za yang m4ti syahid.
“Arwah beriya-iya mahu nama Ayash Affan. Saya cakap nama ini tidak sesedap seperti pilihan nama anak pertama, Uwais Alqarni yang dipilihnya.
“Ikutkan, kami bergilir memberi nama anak. Sepatutnya, nama anak keempat giliran saya. Namun, arw4h berk3ras mahu letak nama pangkal pertama, Ayash. Namun, nama Affan adalah pilihan saya. Lalu, digabungkan nama menjadi Ayash Affan.
“Nama Ayash diberi sempena salah seorang pejuang Hamas di Wilayah G4za yang m4ti syahid. Ayash juga hadiah terakhir paling bermakna untuk saya daripada arw4h. Saya akan kenang detik ini, sekali gus menjaga dan membesarkan empat cahaya mata dengan baik,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Rotikaya
Leave a Reply