GARA-GARA terlalu memikirkan keadaan anak-anak di Indonesia yang sudah dua tahun tidak bertemu, pelawak Vicha diserang penyakit gastrik sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri pada Isnin.
Menurut Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, fikirannya bertambah kusut apabila mengetahui penjaga anak-anaknya dijangkiti wabak Covid-19.
Tambah ahli kumpulan Saywho itu, dia terpaksa akur perlu berjauhan dengan tiga orang anaknya iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista demi mencari rezeki di Malaysia.
“Doktor ada beritahu yang mungkin saya kena gastrik sebab terlalu stres dan banyak sangat fikir. Sejujurnya memang beberapa minggu ini saya banyak berfikir.
Vicha dimasukkan ke wad pada Isnin selepas diserang gastrik selama seminggu.
“Dua tahun saya tak dapat jumpa anak-anak di Indonesia… bulan lalu pula, saya dapat tahu keluarga yang menjaga mereka dijangkiti Covid-19. Alhamdulillah… anak-anak tidak kena.
“Tapi setiap hari saya memikirkan keadaan mereka. Kali terakhir saya balik jumpa anak-anak pada Mac 2019 sebelum Malaysia laksanakan PKP.
“Nak balik Indonesia, takut tak tahu nak kerja apa dan bimbang tak dapat datang Malaysia semula. Jadi, saya terpaksa berkorban dahulu. Setiap hari saya hubungi anak-anak menerusi telefon,” katanya kepada mStar.
Dua hari sebelum saya dimasukkan wad, saya ada panggil doktor datang rumah untuk dapatkan suntikan.
VICHA SAYWHO
PELAWAK
Sebelum ini, Vicha berkongsi keadaan dirinya yang dimasukkan ke hospital selepas diserang penyakit gastrik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu.
Dalam pada itu, Vicha memaklumkan dia mengalami gastrik sejak minggu lalu namun hanya menahan kesakitan di rumah kerana memikirkan ia tidak tervk.
Selain mengalami gastrik yang teruk, Vicha juga memberitahu dia berdepan dengan masalah kurang darah merah dan kini bergantung pada ubat-ubatan.
Vicha hanya hubungi anak-anak menerusi panggilan video setiap hari.
“Seminggu juga saya menahan sak!t gastrik. Sepanjang itu, saya makan ubat tapi tetap sakit juga. Dua hari sebelum saya dimasukkan wad, saya ada panggil doktor datang rumah untuk dapatkan suntikan.
“Tapi selepas suntikan ubat gastrik itu pun perut saya masih Sak!t. Jadi, saya ambil keputusan pergi hospital dan saya ditahan wad sejak Isnin lalu. Semalam (Rabu) saya sudah dibenarkan pulang.
“Kebetulan, saya masuk wad tu doktor ada menjalankan beberapa pemeriksaan kesihatan dan saya didapati ada masalah kurang darah merah dan sekarang ini saya perlu makan ubat,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber:mStar
Leave a Reply