Beribu-ribu Produk Siti Sarah Laris Terjual, Buat Perniagaan Untuk Bantu Orang

Walaupun sudah masuk hari keempat allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, masih ramai yang berkongsi kisah kebaikkan yang pernah dibuat olehnya semasa hidup.

Dari kisah bersedekah dan baik dengan semua orang, perniagaan yang dijalankan tanpa penglibatan daripada suami, Shuib Sepahtu turut menjadi sorotan.

Dalam perkongsian Shuib menerusi IG story miliknya, dia memaklumkan yang allahyarham isteri tersayang memang ada menjalankan beberapa perniagaan yang dilakukan dengan niat membantu lebih ramai orang.

Dalam perkongsian Shuib lagi,  jujur memberitahu yang kehidupan mereka sudah mencukupi dan dia sendiri mampu untuk menanggung keluarga tanpa ada perniagaan lain yang diusahakan isteri.

Namun, disebabkan niat murni arwah yang ingin membantu orang ramai dengan jualan produk jauh lebih murah supaya semua dapat memakai apa yang dipakai, jadi perniagaan tersebut diwujudkan.

Selepas pemergian allahyarham, Shuib agak terkejut apabila mendapat perkhabaran yang beribu-ribu produk keluaran isterinya itu laris terjual.

Pelawak tersebut begitu bersyukur kerana beranggapan mereka semua membeli produk keluaran Siti Sarah sebagai salah satu bentuk kenangan yang pasti sangat bernilai buat semua.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Shuib sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang membeli. Dia juga berharap agar apa yang diusahakan isterinya menjadi saham akhirat yang sangat bernilai dan meminta mereka semua terus mendoakan isterinya kekal tenang di alam sana.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*