Akhirnya Syatilla Perjelaskan Bila Org Cakap Dia Nak Jadi Ibu Susuan

BESAR tanggungjawab yang perlu dipikul pelawak Shuib Sepahtu selepas pemergian isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah pada Isnin lalu.

Lebih pilu apabila mengenangkan tugasnya untuk membesarkan empat orang cahaya mata yang masih kecil termasuk bayi pramatang Ayash Affan yang baru berusia 5 hari.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, paling membimbangkan apabila memikirkan soal susu untuk bayi yang kini masih dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Namun, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk pelakon Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.

“Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Apabila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” katanya kepada mStar.

Syatilla Melvin Jawab Isu Nama Anak - Media Hiburan

Melihat di lama instagram pelakon jelita ini, Syatilla ada berkongsi perbualan Whatsapp.

Ini antara conversation tilla dgn shuib semasa arwah kak sarah masih bertarung di icu

mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, insyaallah lepas ni dh boleh clear dah😍 

Ya allah kau sihatkan lah anak soleh mereka ya allah🤍

Jdikan anak2 mereka, anak2 yg taat yang senang hati dan jiwanya mempelajari islam ya allah🤍amin ya rab🤍

Sebenarnya bukan Syatilla yang mahu jadi ibu susuan yang mengelirukan ramai pihak. Tetapi ada kawan beliau yang baru lepas pantang dan mempunyai stok susu ibu yang banyak.

Antara komen-komen netizen

Siap ada yang kata kalau boleh jangan bagi susu artis. Harey apoo. Bukan ada beza pun. Ingat artis ni kucing agaknya dia tak kasi bagi susu artis

YaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Bagus Tilla permudahkan urusan orang, In Sha Allah tiba masa Allah pulak permudahkan urusan Tilla❤️

Bg sy biar la shuib amik di kalangan rakan artis yg dia kenal berbanding org luar yg dia xkenal jika antara saudara mara xad kn..sekurang nye shuib kenal depa..igt artis ni xad susu ke..minta lisa surihani ke.tilla,isteri jep ke sariyanti.

Alhamdulillah bleh jd ibu susuan… Syeriv n mima jd adik beradik susuan…😍😍 Semoga dirahmati Allah hendaknya

Cari ahli keluarga tdekat.. klau xde cari kenalan rapat.. ibu susuan ni akan buat ikatan keluarga baru.. sari yanti mgkin sesuai sbb kenalan rapat arwah ibu bayi tsebut..

Semoga dipermudahkan. Dok pk mcm mana lah tilla nk jd ibu ssuan sbb ank ank dah bsar kan. Alhamdulillah, terbaik tilla ❤️ dok fkir cmni jugak, better bg ssu dri ibu yg bru lahirkan baby sama ada dlm pantang atau habis pantang sbb khsiat ssu tu sndri ssuai utk umur baby.

Alhamdulillah ada rezeki kawan baik tilla untuk dikongsi. Semoga dipermudahkan urusan Tilla, kawan Tilla & Shuib sekeluarga ❤️

Sementara itu,

Shuib tengah fikirkan siapa bakal jadi ibu susuan Ayash Affan, sekali Ustaz tampil dengan nasihat ini

“Ustaz saran Shuib pilih wanita akhlak baik jadi ibu susuan Ayash Affan

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik,” demikian nasihat penceramah bebas Haslin Baharim kepada Shuib berhubung ‘khasiat’ ibu susuan untuk bayinya.

Haslin berkata demikian selepas ahli perniagaan, pelawak juga pelakon itu menyatakan kebimbangannya untuk menguruskan dan menyediakan keperluan makanan untuk Ayash Affan yang dilahirkan allahyarham Siti Sarah pada 6 Ogos lalu.

Haslin turut berpesan agar Shuib memilih wanita yang bersedia lebih awal untuk memberi susu kepada Ayash Affan sekurang-kurang lima kali kenyang sebagai syarat sah mengiktiraf wanita itu sebagai ibu susuan bayinya.

“Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,” katanya selepas selesai majlis bacaan Yassin dan tahlil buat allahyarham Siti Sarah malam tadi.

Menurutnya, Shuib juga harus menitikberatkan soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan wanita yang bakal menjadi ibu susuan bayinya itu nanti.

Shuib berkata, dia digalakkan oleh doktor untuk mempertimbangkan pemberian susu badan dari wanita lain bagi membantu tumbesaran bayinya itu.

Meskipun belum membuat sebarang keputusan, pemilik nama penuh Shahmira Muhamad, itu mengakui ramai wanita sudah menyatakan kesanggupan mereka untuk menjadi ibu susuan Ayash Affan buat ketika ini.

Kata Shuib, 36, tidak terkecuali yang menawarkan susu badan adalah rakan selebriti Syatilla Melvin iaitu isteri kepada pelakon Shaheizy Sam.

“Bercakap fasal persediaan untuk menguruskan Ayash Affan pun saya dah termenung berfikir. Sekarang dia diberi susu formula.

“Namun doktor beritahu sekiranya ada susu ibu boleh dibawa ke hospital. Tapi saya pula fikir, siapa nak bagi? Bagi saya tu memang soalan cepumas.

“Ramai orang tawarkan diri termasuk Syatilla pun ada. Apabila fikir semula, kena juga tahu orang tu minum apa jika dia jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dulu,” katanya.

Soal pengurusan anak ternyata membuatkan Shuib, terus terkenangkan arwah isterinya yang meninggal akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada 9 Ogos lalu.

“Arwah pernah kata, dia serahkan soal jaga Ayash Affan nanti pada saya sebab dah tak mahu bersengkang mata bagi susu atau tukar pampers seperti jaga tiga anak yang lain sebelum ni.

“Saya tak sangka, dia memang serah ‘bulat-bulat’ pada saya untuk jaga seorang diri,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*