“Terlalu Banyak Budi Belum Saya Balas” -Bapa Amylea Azizan MeninggaI Dunia Selepas Dua Minggu Dirawat Di IJN

SELEPAS hampir dua minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bapa kepada penyanyi Amylea Azizan, Azizan Zainal Abidin, 62, menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu.

Perkara sedih itu dimaklumkan Amylea, 35, menerusi laman Instagramnya dengan meminta orang ramai mendoakan urusan arwah dipermudahkan.

“Assalamualaikum, ayah saya yang saya cintai dan kasihi telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.

“Mohon sedekahkan doa buat Azizan Zainal Abidin… dia adalah seorang suami, ayah yang sangat-sangat baik dan bertanggungjawab.

“Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

amylea

Perkongsian Amylea di Instagram.

Dalam entri yang sama, penyanyi lagu Kendati ini turut berkata tiada kesakitan yang lebih pedih selain kehilangan kedua ibu bapa.

Tambah Amylea, terlalu banyak jasa bapanya yang belum lagi terbalas.

“Saya telah hilang ayah saya buat selama-lamanya. Tiada kesakitan yang lebih pedih melainkan kehilangan bapa atau ibu… Allah SWT sahaja yang tahu dugaan demi dugaan.

Assalamualaikum, ayah saya yang saya cintai dan kasihi telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

“Arwah ayah adalah kurniaan yang dipinjamkan Allah kepada saya dan saya sangat bersyukur memiliki seorang bapa yang baik sepertinya.

“Terlalu banyak budi belum saya balas, saya harap kami akan disatukan di akhirat kelak,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 31 Julai lalu, Amylea terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung.

Amylea memuat naik status memohon sumbangan derma kilat untuk membayar deposit rawatan bapanya di IJN selepas semua hospital kerajaan dikatakan terpaksa menolak pesakit lain susulan peningkatan kes Covid-19 sehingga menyebabkan kekurangan katil untuk pesakit lain.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*