Penyesalan pelakon Mia Ahmad tentang kealpaannya dalam mengesan masalah lambat bercakap yang dialami anak sulung, Sayf Issa berjaya membuka mata ramai ibu bapa agar tidak leka.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, dia bersyukur apabila pengalaman peribadinya berdepan situasi seumpama itu boleh dijadikan ikhtibar agar si manja mendapat perhatian sewajarnya.
“Terlalu ramai yang DM (mesej langsung) nak minta tip sampai tak terbalas. Saya ucapkan tahniah kepada parents yang cepat sedar dan ambil tahu tentang progres anak.
“Jangan cepat rasa selesa apabila anak lambat daripada anak orang lain sebab boleh jadi anak tu ada masalah dan sebagainya,” katanya.
Sebelum ini isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan ini berkongsi cerita tentang masalah speech delay dihadapi anak mereka Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun.
View this post on Instagram
Ujar Mia, dia langsung tidak sedar tentang situasi itu sehingga ia dimaklumkan guru di sekolah anaknya.
Difahamkan juga tontonan YouTube tanpa kawalan sejak kecil turut dikesan sebagai salah satu punca ia berlaku.
Sementara itu Mia turut berkongsi tentang perkembangan anaknya itu selepas pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak.
“Alhamdulillah progress Sayf Issa semakin baik. Mohon semua doakan ya.
“As a parent, we tend to do mistake. Lepas tu letak expectation yang sangat tinggi dekat anak. Paksa anak untuk jadi macam mana yang kita nak,” katanya.
Dalam pada itu Mia turut berkongsi beberapa panduan untuk ibu bapa yang berdepan situasi sama.
“Pastikan anak dah reach semua milestones mengikut peringkat umur dia.
“Jika perasan anak delayed cepat-cepat pergi jumpa occupational therapist dan pakar.
“Banyakkan bersedekah dengan niat untuk tolak mudarat,” katanya.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: mStar
Leave a Reply